suria

Kesabaran berhasil, bapa kongsi 10 kesan menakjubkan selepas 7 tahun didik tiga anak tanpa gajet

Perkongsian seorang bapa yang menggunakan pendekatan 'bebas gajet' dalam mendidik anak-anaknya meraih perhatian warga maya. -Gambar hiasan (kiri)

INSIDEN seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun yang bertindak mengelar leher adiknya sendiri selepas didakwa terpengaruh dengan permainan dalam talian, benar-benar mengejutkan.

Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, hasil siasatan awal mendapati, abang mangsa yang bermain permainan Roblox hingga berjaya mengumpul kira-kira satu juta mata (points) bertindak sedemikian ekoran kesan halusinasi, selepas mangsa merosakkan telefon bimbit yang menyebabkan mata terkumpul hilang. 

Kes itu sekali lagi mencetuskan kebimbangan masyarakat terhadap kesan penggunaan gajet yang berlebihan dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu bapa kena ‘jenguk’ telefon anak, risau terdedah permainan ganas tanpa sedar… Ini 5 ‘games’ patut dielakkan

Gajet yang sepatutnya menjadi alat hiburan dan pembelajaran kini menjadi ancaman apabila disalah guna tanpa pemantauan dan batasan yang jelas.

Ketika ramai meluahkan kebimbangan, seorang bapa, @muhdsyafiq.idris berkongsi pendekatan yang diambil dalam membesarkan anak-anaknya, untuk dijadikan panduan bersama.

Menurutnya, selama tujuh tahun, dia dan isteri menerapkan kaedah 'bebas gajet' dalam mendidik tiga anak mereka dengan disiplin dan kesabaran tinggi. 

Hasilnya, bukan sahaja anak-anak mereka membesar dengan sihat dan aktif, malah mempunyai kemahiran hidup serta nilai empati yang tinggi.

Fast-paced digital media can precondition little ones to expect unnatural stimulation, leading to shorter attention spans. — 123rf.com

Penggunaan gajet secara berlebihan akan memberi kesan negatif terhadap perkembangan sosial anak-anak. -Gambar hiasan

Berikut antara perkongsiannya mengenai hasil didikan 'bebas gajet' yang diamalkan dalam keluarga:

1. Anak-anak cepat belajar kemahiran, lebih kreatif dan pandai berinteraksi dengan orang sekeliling.

2. Pandai bersosial serta mempunyai empati yang tinggi terhadap orang lain.

3. Lebih sabar dan mampu mengurus diri sendiri apabila bosan, hampir tiada tantrum walaupun tanpa hiburan digital.

4. Mahir dalam pelbagai kemahiran hidup seperti berkebun, membantu menyelenggara penyaman udara serta membaiki kerosakan kecil pada mainan dan basikal.

5. Hubungan kekeluargaan sangat rapat kerana masa lapang diisi dengan aktiviti bersama seperti bermain, memasak dan bersukan.

6. Tiada masalah tidur lewat, malah mereka masuk tidur tepat pada waktunya setiap malam.

7. Bijak menyelesaikan masalah sendiri.

8. Suka membantu melakukan kerja rumah.

9. Sangat meminati permainan Lego, yang membantu mengasah kreativiti dan daya imaginasi.

10. Aktif bersukan dan bermain di padang. 

Artikel Lain

CEO GISB, 12 pemimpin dibebaskan