SEJAK kebelakangan ini, ramai mengadu mengalami masalah kesihatan seperti batuk berpanjangan, sakit tekak dan selsema yang mengambil masa agak lama untuk sembuh.
Cuaca yang tidak menentu dipercayai menjadi punca utama ramai mudah jatuh sakit.
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita dikecam beri bayi madu demi turunkan jaundis, doktor beri amaran botulisme ragut nyawa
Apa yang menggusarkan, pelbagai ubat mahupun petua sudah dicuba namun tetap tidak menunjukkan tanda-tanda pulih sepenuhnya.
Di laman Threads, seorang wanita dikenali sebagai @anyssa23___ berkongsi pengalamannya berdepan masalah batuk yang berlarutan hampir sebulan, dan akhirnya menemui satu petua tradisional yang dikatakan berkesan.
"Ajaib betul... macam-macam dah aku buat, tapi batuk tak baik-baik juga. Dah sebulan tau!
"Tapi selepas seorang hamba Allah share petua ni, aku cuba, terus hilang batuk!" tulisnya.
Berikut cara-cara yang dikongsikan wanita berkenaan:
1. Didihkan air secukupnya.
2. Masukkan 3 kuntum bunga cengkih dan 1 batang kayu manis.
3. Tambahkan sedikit gula melaka untuk memberi rasa manis semula jadi.
4. Potong sebiji buah lai dan masukkan ke dalam air yang sedang mendidih.
5. Biarkan selama 10 minit.
6. Apabila suam, boleh terus minum air rebusan dan buah lai.
Selamat mencuba!


