suria

Berat badan selalu turun naik? Wanita ini buktikan diet seimbang bukan jaminan kekal kurus... Kongsi cara hilangkan 70kg

Seseorang itu perlu memiliki minda positif jika dia mahu mengubah fizikalnya. -Gambar hiasan AI

PROSES menurunkan berat badan bukanlah sesuatu yang mudah.

Namun, ada juga yang berjaya mengubah fizikal mereka sepenuhnya melalui dedikasi, keazaman dan perubahan gaya hidup yang konsisten.

Seorang wanita bernama Kate Daniel mencuri perhatian ramai selepas berjaya menurunkan 70 kilogram (kg) berat badannya.

Menurut Kate, perjalanan itu mengajarnya pelbagai pengalaman berharga yang bukan sahaja mengubah tubuh badannya, tetapi juga cara dia berfikir.

"Dulu saya fikir rahsia menurunkan berat badan terletak pada pemakanan seperti sasaran protein, hidangan sempurna atau makan dengan lebih sedikit.

"Tapi semua itu tidak mampu membuat saya kekal lama. Perkara yang benar-benar membantu saya menurunkan berat badan adalah cara berfikir.

Kate berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 70kg.

"Anda boleh jaga makan dengan sempurna, tapi masih hilang kawalan. Kerja sebenar bukan di dapur, tapi dalam kepala saya,” katanya.

Kate turut berkongsi tiga perubahan pemikiran yang membantu mengekalkan hasil usahanya.

1. Anggap kesilapan sebagai data, bukan kegagalan

Jika tersasar dalam proses menurunkan berat badan, jangan cepat berputus asa. 

Jadikan kesilapan itu sebagai peluang untuk refleksi diri dan memahami punca sebenar agar tidak mengulanginya lagi.

2. Raikan kemenangan kecil

Jangan hanya menunggu jarum penimbang bergerak, sebaliknya hargai setiap perubahan kecil seperti selera makan yang terkawal, pergerakan yang lebih mudah atau berjaya menghabiskan sebotol air.

Kemenangan kecil inilah yang membina momentum besar dan membuktikan bahawa tabiat kecil mampu membawa hasil yang luar biasa.

3. Ubah naratif diri

Berhenti berkata “saya sedang cuba turunkan berat badan” dan mula percaya bahawa “saya seseorang yang mampu mengekalkan hasil usaha.”

Cara berfikir inilah yang menentukan sama ada berat badan akan kekal turun dalam jangka panjang atau sebaliknya.

Kate menegaskan, pemakanan memang penting, tetapi mindset ialah kunci utama untuk mengekalkan hasil penurunan berat badan secara berterusan.

Artikel Lain