TOPIK curang sering menjadi perdebatan di media sosial, khususnya dalam kalangan wanita.
Malah hampir setiap hari pasti ada sahaja kes-kes curang baharu yang perlu 'dikaji' netizen.
Sebelum ini, beberapa wanita pernah berkongsi mengenai perubahan suami mereka sebelum terbongkarnya perbuatan curang.
Menurut salah seorang wanita itu, suaminya secara tiba-tiba mencukur bulu kemaluan sebelum keluar bertugas di luar kawasan atau outstation.
Perbuatan itu menambahkan curiga yang mana dia beranggapan suaminya mungkin merapikan diri kerana mahu bersama dengan wanita lain.

Hati isteri pasti terluka apabila mengetahui suami mereka curang ketika bekerja di luar kawasan. -Gambar hiasan AI
Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi khususnya daripada golongan lelaki yang meminta kaum Hawa agar tidak mudah bersangka buruk.
Seorang pemuda yang tidak mendedahkan identitinya turut tampil membuat penjelasan tentang hal itu menerusi aplikasi X.
"Hal suami cukur bulu kemaluan tu normal. Aku pun kalau jalan jauh akan cukur sampai habis dan bersihkan diri aku.
"Sebab aku fikir kalau ajal aku datang masa dalam perjalanan, tak adalah 'hutan' sangat apabila keluarga mandikan jenazah aku," jelas pemuda itu.
ARTIKEL BERKAITAN: Kajian dapati curang berlaku kerana faktor hormon, genetik... Lelaki 'suara dalam' cenderung main kayu tiga
ARTIKEL BERKAITAN: Berat hukuman individu curang... Sebar aib, jatuhkan maruah 'orang ketiga' pun dosa besar di sisi Islam
Penjelasan itu turut menerima pelbagai komen daripada netizen.
"Betul juga. Aku ingat, ada jururawat pesan jangan pakai seluar dalam koyak. Mereka malu nak tengok, tapi tugas menyelamatkan nyawa lagi penting.
"Aku pun sama. Walaupun ada bulu empat helai pun aku bersihkan," tulis beberapa lelaki.
Menurut laman web Mufti Wilayah Persekutuan, hukum menyimpan bulu kemaluan dan bulu ketiak dalam tempoh masa yang begitu lama sehingga melebihi 40 hari adalah makruh.
Ini kerana kita dituntut untuk menjaga kebersihan tubuh badan melalui perbuatan mencukur kedua-dua bulu tersebut.


