suria

Kiri sekejap, kemudian kanan pula... Lepas dengar taklimat baru tahu ramai ibu silap teknik menyusu bayi

Teknik penyusuan salah boleh menyebabkan ibu sakit payudara. -Gambar hiasan AI

SEORANG wanita di aplikasi Thread meraih perhatian kaum ibu selepas berkongsi teknik penyusuan yang baru dipelajarinya.

Menurut wanita itu, golongan ibu tidak sepatutnya menggunakan kedua-dua belah payudara mereka dalam satu sesi penyusuan.

"Saya masuk taklimat kejururawatan singkat, cara bagi susu yang betul dekat anak. Bukan bagi sebelah kiri, kemudian sebelah kanan.

"Kiranya bersilang, is a no no (jangan buat). Jururawat beritahu cara betul. Kalau awak dah bagi (susu) belah kanan, bagi je belah kanan sampai habis.

"Sebab nutrisi tu berkumpul dekat belakang 'tabir' payudara tu. Jadi belah kiri tu boleh pump masuk dalam storage milk.

"Kalau awak bagi berselang, awak hanya bagi dia (bayi) susu yang cair. Yang pekat tu tertinggal nak bagi baby, sebab tu baby asyik lapar," kongsinya.

Kesihatan anak menjadi keutamaan setiap ibu. -Gambar hiasan AI

Dalam hantaran sama, dia turut berkongsi teknik bagi mengelakkan ibu-ibu mengalami kesakitkan ketika menyusu anak.

"Bila dia latch (merangkum) tu, kalau berbunyi, cepat-cepat terus tukar posisi sampai dia minum susu bunyi macam kita meneguk air.

"Kalau tak, payudara awak akan bengkak dan puting sakit. Bila bagi, posisi mesti kena tarik payudara ke tepi dan halakan ke mulut bayi.

"Kena kerap bagi direct breast feeding untuk teruskan proses susu dihasilkan," sarannya lagi.

Di ruangan komen, beberapa lagi wanita turut mengakui keberkesanan teknik yang dikongsikan pemilik akaun Thread itu.

"Ya betul. Menyusu sebelah payudara mampu kenyangkan bayi.

"Buat macam ni selalu, boleh bagi baby 'bam bam' (tembam).

"Sebenarnya berdasarkan pengalaman saya, memang 100 peratus macam awak cakap," antara komen netizen.

 

Artikel Lain