NUKILAN ringkas Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah di laman Instagram mendapat pelbagai reaksi rakyat jelata.
Rata-ratanya memberikan reaksi gembira pada hantaran titipan doa baginda beserta gambar bersama bakal isteri, Cik Afzaa Fadini Abdul Aziz.
"Sayang, malam ni saya doa semoga masa depan kita sentiasa indah. Moga Allah lindungi kita, tunjukkan jalan yang baik dan penuh cahaya.
"Saya juga doa kita nanti dikurniakan keluarga yang sihat, kuat, dan hubungan kita makin kukuh dengan kasih sayang, percaya dan hormat-menghormati," titip baginda ringkas di Instagram.
Cik Afzaa Fadini dikatakan memiliki wajah Melayu klasik yang mempersona.
Pada masa sama pewaris takhta Selangor ini turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh rakyat Selangor atas doa yang telah dipanjatkan.
Hantaran yang dibuat Raja Muda Selangor itu membuatkan ramai tertanya-tanya siapa gerangan 'pencuri hati' baginda ini.
Ini sembilan trivia mengenai Cik Afzaa Fadini yang bakal melangsungkan pernikahan bersama Tengku Amir Shah pada 2 Oktober ini:
Cik Afzaa Fadini merupakan alumni King’s College London.
1. Merupakan alumni King’s College London yang merupakan sebuah universiti tersohor di peringkat antarabangsa.
2. Selepas menamatkan pengajian sarjana muda dalam Development Studies and Economics, Cik Afzaa Fadini meneruskan kecemerlangan akademik di peringkat sarjana dengan memilih bidang Sustainable Cities pada tahun 2015–2016.
3. Bidang pengajian ini menekankan aspek pembangunan bandar yang lestari, keseimbangan antara pertumbuhan ekonomi dan pemeliharaan alam sekitar, serta perancangan ruang yang mampan.
4. Cik Afzaa turut dikenali menerusi kelantangan dan dedikasinya dalam kelestarian alam.
Lantang dan dedikasi menyuarakan isu alam.
5. Sejak Oktober 2020 hingga Mac 2025, beliau berkhidmat sebagai Pengarah Projek di Tropical Rainforest Conservation & Research Centre (TRCRC).
6. Selama lebih empat tahun, beliau memainkan peranan penting dalam pengurusan serta perlindungan kawasan hutan di bawah program pemulihan hutan aktif di Semenanjung Malaysia.
7. Komitmen beliau dalam usaha pemuliharaan ini membuktikan bahawa kecantikan peribadinya bukan hanya pada rupa paras, tetapi juga pada jiwa dan misinya untuk masa depan bumi yang lebih hijau.
8. Keanggunan, kecerdikan, dan kepedulian terhadap isu alam sekitar menjadikan Cik Afzaa Fadini sosok yang dikagumi ramai.
9. Ramai yang menyatakan auranya seperti watak puteri Disney, Mulan dan Pocahontas kerana mempunyai wajah klasik.