suria

Berjaya tawan Umling La Pass, penunggang duo Harley-Davidson naikkan nama Malaysia di peta permotoran dunia

Nama Malaysia diangkat dalam dunia permotoran dunia.

PENGEMBARAAN duo penunggang Harley-Davidson sempena sambutan Hari Kebangsaan Ke-68 menaikkan nama Malaysia di peta permotoran dunia.

Berkongsi cerita dengan mStar, Datuk Anand berkata, kembara bermotosikal menggunakan Harley-Davidson bagi mengelilingi India selama 38 hari itu dilakukan bersama rakannya, Sanjay.

"Ekspedisi kami bermula di Selatan India sebelum meneruskan ke 19 negeri dan melewati seluruh negara itu.

"Sepanjang tempoh melewati 11,475 kilometer, kami berhadapan pelbagai cabaran termasuk tanah runtuh dan banjir," ujarnya yang berpengalaman luas dalam konvoi bermotosikal.

Anand dan Sanjay mengelilingi India sempena sambutan Hari Kebangsaan Ke-68.

Anand dan Sanjay mengelilingi India sempena sambutan Hari Kebangsaan Ke-68.

Bagi pasangan ekspedisi ini, kurang lengkap sekiranya mereka tidak singgah di Umling La Pass yang terkenal sebagai jalan boleh dilalui kenderaan paling tinggi di dunia, dengan ketinggian 19,024 kaki (5,798 meter) dari aras laut.

Malah, laluan sempit bersama kombinasi selekoh tajam, cerun curam dan keadaan jalan berbatu tidak menggetarkan Anand dan Sanjay untuk tiba di puncak.

Peluang tersebut membolehkan mereka menikmati panorama indah yang dikelilingi gunung Himalaya dan lembah tandus.

Menurut Anand yang kini berusia 50 tahun, Harley-Davidson dijadikan jenteranya untuk menakluk India disebabkan keupayaan menangani laluan tanah runtuh.

Antara cabaran yangperlu dihadapi mereka sepanjang siri jelajah.

Antara cabaran yang  perlu dihadapi mereka sepanjang siri jelajah.

Tambahnya lagi, setiap pengalaman tersebut diabadikan dengan gambar dan video untuk tatapan ramai.

Berkongsi perancangan pada tahun hadapan, Anand berkata, kembara bermotosikal akan dilakukan dari Kuala Lumpur ke London pula.

Malah dia berharap, impian yang tergendala akibat Covid-19 pada 2020 itu akan berjaya dilaksanakan.

Tanah runtuh di Manali antara cabaran getir yang perlu dihadapi Anand dan Sanjay.

Tanah runtuh di Manali antara cabaran getir yang perlu dihadapi Anand dan Sanjay.

Dalam pada itu, kejayaan pasangan duo ini menakluk Umling La Pass membuatkan mereka menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records.

Malah ia dibuat berdasarkan dua elemen yang dilalui sepanjang pengembaraan yang penuh cabaran.

"Pengiktirafan pertama adalah berkaitan tunggangan Harley-Davidson Terpanjang di India oleh Duo (11,475km).

"Manakala yang kedua pula adalah, tunggangan Harley Davidson pada Altitud Tertinggi oleh Duo Penunggang Malaysia yang pertama menakluki Umling La Pass (Jalan Boleh Dilalui Tertinggi Dunia pada ketinggian 19,024 kaki)," jelasnya.

Artikel Lain