suria

“Setiap saat bernafas dalam ketakutan” - Kenali wartawan hebat Saleh Aljafarawi maut ditembak 7 das tembakan

Saleh terkorban akibat ditembak anggota 'militan bersenjata' ketika membuat liputan di kejiranan Sabra.

BERITA kematian wartawan terkenal Palestin, Saleh Aljafarawi pada Ahad, nyata mengejutkan ramai terutama yang sering mengikuti perkembangan berita situasi konflik negara tersebut menerusi media sosialnya.

Wartawan berusia 28 tahun itu yang dikenali kerana mendokumentasikan kemusnahan Gaza, ditembak tujuh das oleh anggota 'militan bersenjata' ketika membuat liputan di kejiranan Sabra.

ARTIKEL BERKAITAN: Wartawan Palestin, Saleh Aljafarawi ditembak mati ketika buat liputan

Memiliki lebih 635,000 subscibers di YouTube dan 251,000 pengikut di laman X, Saleh menjadi antara wartawan Palestin paling dikenali sepanjang perang genosid yang dilancarkan oleh Israel ke atas Gaza. 

Bagi yang tidak mengenali wartawan berani ini, berikut mStar kongsikan 10 perkara mengenai beliau:

1. Menggunakan kamera dan platform media sosialnya untuk mendokumentasikan kemusnahan serta penderitaan rakyat Palestin sejak dua tahun lalu. 

2. Disebabkan liputannya yang lantang mengenai kekejaman Israel terhadap Gaza, pihak berkuasa Israel dilaporkan telah menyenaraikan beliau dalam senarai 'red notice' (notis merah) sepertimana yang pernah dilakukan terhadap beberapa wartawan Palestin lain, termasuk Anas al-Sharif yang turut terkorban sebelum ini.

Antara video rakaman terakhir Saleh, di mana dia memakaikan jaket 'media' kepada kanak-kanak Gaza.

3. Disebabkan kelantangannya, Saleh pernah menerima pelbagai ancaman dan ugutan berikutan laporan yang disiarkan.

4. Saleh mengakui berasa takut setiap saat biarpun dua tahun melalui pendudukan yang zalim. "Saya menjalani hari-hari seolah-olah hanya bernafas saat demi saat, tanpa tahu apa yang bakal menanti pada detik berikutnya," ujarnya.

5. Saleh gemar menyanyi dan menghasilkan lagu sebelum dan sepanjang tempoh genosid berlaku.

6. Merupakan seorang pemain tenis meja yang hebat.

7. Saleh mula berkecimpung sebagai YouTuber sejak 2020, di mana beliau berkongsi vlog kehidupan harian, menyelitkan lagu-lagu ciptaannya, serta memaparkan keindahan Gaza.

8. Videonya meraikan berita gembira susulan pengumuman gencatan senjata bersama penduduk Gaza, tiga hari sebelum kematiannya menjadi tular. 

Lagu ciptaan Saleh mengenai penderitaan rakyat Gaza meraih perhatian di YouTube. 

9. Karya-karyanya yang terkenal termasuklah lagu seperti 'Where are you, humanity?' (2023) and 'The call is dead (2025). 

10. Tindakan Meta yang berkali-kali 'menggantung' akaun media sosialnya mencetuskan perdebatan ramai kerana menyekat suara penting rakyat Palestin.

Artikel Lain