suria

Ramai terlepas pandang... Ini anda perlu buat sebelum, semasa dan selepas cuci kenderaan di 'car wash'

Jangan sesekali biarkan pekerja pusat cucian memandu kereta anda. -Gambar hiasan

DI sebalik kesibukan menjalani kehidupan harian, kebersihan kereta tidak sepatutnya diabaikan.

Bagi mereka yang tidak mempunyai kelapangan masa, menghantar kenderaan ke pusat cuci kereta adalah pilihan terbaik.

Namun, ramai sering terlepas pandang sehingga mengabaikan aspek keselamatan ketika menghantar kereta ke premis-premis cucian.

Kesilapan-kesilapan ini bukan sahaja boleh menyebabkan anda kehilangan barang berharga, malah kereta anda juga berisiko terlibat kemalangan.

Berikut kami kongsikan tip sebelum, semasa dan selepas menghantar kenderaan anda ke pusat cuci kereta.

Sebelum

1. Keluarkan semua barang berharga seperti dompet, telefon, kunci rumah, komputer riba, kad Touch 'n Go.

2. Elak tinggalkan dokumen penting seperti kad pengenalan, lesen memandu dan geran kereta.

3. Ambil gambar keadaan kereta anda (luar dan dalam) sebelum ia dibersihkan.

Water disruption in Klang.—KK SHAM/The Star

Jangan tinggalkan barang berharga ketika kereta sedang dicuci. -Gambar hiasan

4. Catat bacaan meter dan paras minyak untuk pastikan kereta tidak dipandu tanpa kebenaran.

Semasa

1. Jangan benarkan pekerja pandu kereta anda.

2. Perhatikan dari jarak dekat dan pastikan anda masih boleh nampak kereta ketika ia sedang dibersihkan.

Selepas

1. Periksa kereta sebelum beredar dan pastikan tiada barang yang hilang.

2. Periksa juga jika ada kesan calar atau kemek.

3. Uji fungsi elektronik untuk memastikan radio, butang tingkap, dan lain-lain masih berfungsi seperti biasa.

Pada Ahad, tular video sebuah Toyota Camry melanggar tembok sebelum terjunam dari tempat letak kereta di tingkat tiga sebuah pangsapuri di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.

Siasatan mendapati Toyota Camry itu dipandu oleh seorang pekerja pusat cuci kereta.

Kemalangan berlaku selepas pekerja puat cuci kereta itu dipercayai hilang kawalan ketika mahu meletakkan kenderaan milik pelanggan.

Artikel Lain

Sheqal meninggal dunia