DALAM zaman serba moden hari ini, pelbagai cara boleh dilakukan untuk menjana pendapatan.
Di China misalnya, wujud golongan lelaki dikenali sebagai 'man mum' yang menawarkan perkhidmatan pelukan.
Perkhidmatan itu ditawarkan kepada pelanggan, terutamanya wanita yang memerlukan pelukan untuk melegakan tekanan dan kesunyian.
Perkhidmatan itu biasanya ditawarkan pada harga bermula RM13 hingga RM33 untuk pelukan selama lima minit.
Pelanggan pula akan memilih man mum berdasarkan sifat, bentuk badan, dan rupa paras mereka.
Pelanggan mendapatkan khidmat pelukan untuk melegakan tekanan. -Gambar hiasan
Man mum biasanya akan berjumpa pelanggan di tempat awam seperti stesen bawah tanah atau pusat beli-belah.
Seorang lelaki dikenali sebagai Zhou sudah memberi 34 pelukan dan memperoleh sekitar RM1,142.
Dia menjaga penampilan untuk memberikan pengalaman terbaik dan berkata bayaran membantu menjaga jarak emosi.
Jelasnya, sesetengah wanita mengakui lebih selamat membayar untuk pelukan agar tiada isu sempadan.
Trend ini mencetuskan pelbagai perbincangan dalam talian.
Ramai yang memuji perkhidmatan ini, namun tak kurang juga yang menganggapnya tidak masuk akal.