suria

Ini 2 cara paling berkesan cuci cermin sampai nampak berkilat... Tiada lagi habuk, kesan tompokan

Segelintir individu berdepan masalah cermin kotor walaupun ia kerap dicuci. -Gambar hiasan

CERMIN yang bersih mampu memberi impak besar kepada suasana dalam rumah. 

Ia bukan sahaja membantu memantulkan cahaya dan mewujudkan ilusi ruang yang lebih luas, malah mencerminkan tahap kebersihan penghuni rumah itu sendiri. 

Namun, ramai yang bergelut mencari kaedah terbaik untuk mencuci cermin kerana ia sering kelihatan kotor dengan kesan seperti tompokan air dan habuk.

Berikut merupakan beberapa petua lama untuk membersihkan cermin.

1. Surat khabar

Siapa sangka, surat khabar lama sebenarnya boleh berfungsi sebagai kain lap cermin yang sangat efektif. Kertasnya yang sedikit kasar membantu menanggalkan kesan degil tanpa meninggalkan serat seperti tisu.

Cara-caranya:

- Sembur air atau campuran cuka pada surat khabar.

- Gumpal surat khabar jadi bebola.

- Lap cermin secara bulatan hingga kering dan berkilat.

2. Cuka

Cuka putih ialah bahan semula jadi yang mampu menanggalkan kotoran dan kesan minyak pada cermin. Ia juga boleh menghilangkan bau hapak.

Cara-caranya:

- Campur cuka putih dengan air dalam botol semburan.

- Goncang dan sembur pada permukaan cermin.

- Lap dengan kain microfiber atau surat khabar.

Petua tambahan, jangan cuci cermin waktu matahari terik, kerana air akan cepat kering dan tinggalkan kesan tompok.

Pastikan cermin bebas habuk dulu sebelum disembur air atau cuka dan guna kain kering dulu jika perlu.

 

Artikel Lain

Sheqal meninggal dunia