APLIKASI media sosial, Instagram kini melancarkan beberapa kemas kini baharu yang menarik termasuk ciri repost, IG Map dan tab khas dikenali sebagai Friends.
Salah satu penambahan utama ialah tab repost, yang membolehkan pengguna melihat semula semua muat naik rakan-rakan mereka, iaitu hampir menyerupai fungsi repost di TikTok.
Langkah ini bertujuan untuk meningkatkan keterlibatan dan trafik ke kandungan asal yang dikongsi.
Selain itu, Instagram juga memperkenalkan fungsi peta (opt-in maps) yang membolehkan pengguna memilih untuk berkongsi lokasi semasa mereka dengan rakan-rakan.
Pengenalan fungsi peta itu seiring dengan trend aplikasi sosial masa kini yang lebih interaktif.
Satu lagi ciri baharu dikenali sebagai Friends in Reels, membolehkan pengguna melihat aktiviti rakan mereka terhadap sesuatu kandungan seperti tanda suka (like), komen, repost, dan juga kandungan yang mereka cipta sendiri.
Dengan ciri-ciri baharu ini, Instagram terus menyesuaikan diri dengan kehendak pengguna dan cabaran platform sosial yang semakin kompetitif.