suria

Anda syak syarikat kurier sengaja ‘simpan’ barang bernilai? Ikut Langkah stokis ini, segera stok sampai depan rumah

Perkhidmatan kurier perlu bertanggungjawab dengan setiap barangan yang dihantar kepada pelanggan. -Gambar hiasan

SEORANG stokis meluahkan rasa kecewa apabila proses tuntutan kehilangan barang melalui perkhidmatan kurier di Ampang, Selangor didakwa hanya menawarkan pampasan yang sangat terhad.

Menurutnya, selepas menghubungi ibu pejabat syarikat berkenaan, dia diminta mengisi borang tuntutan sekiranya barang hilang.

Namun, pampasan yang ditawarkan hanya meliputi nilai sekitar ratusan ringgit sahaja.

Malah dalam sesetengah kes pihak kurier hanya memulangkan kos penghantaran meskipun nilai barang mencecah ratusan ringgit.

"Apabila call, HQ kata senang je kalau barang hilang, isi borang claim. Rupanya, ada had berapa ratus ringgit yang kita boleh claim

"Paling tak tahan, dia boleh bayar balik duit pos je, walhal nilai barang dah beratus-ratus ringgit," katanya.

Ribuan barangan yang perlu dihantar setiap hari oleh syarikat kurier. -Gambar hiasanRibuan barangan yang perlu dihantar setiap hari oleh syarikat kurier. -Gambar hiasan

Namun, menurut stokis berkenaan isu itu berjaya diselesaikan selepas dia membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

“Selepas saya bawa kes ini kepada SKMM, barulah pihak kurier 'menggelupur' menghantar barang. 

Berdasarkan maklumat, laporan kepada SKMM membolehkan pengguna menuntut sehingga RM5,000, berbanding had rendah jika hanya melalui syarikat kurier,” katanya.

Dia turut menggalakkan pengguna yang mengalami kerosakan atau kehilangan barang untuk membuat aduan rasmi di laman sesawang SKMM melalui pautan https://aduan.skmm.gov.my/Complaint/AddComplaint?NOSP=.

Berdasarkan semakan mStar di lawan sesawang berkenaan lima perkara yang membolehkan pengguna membuat aduan iaitu perkhidmatan telekomunikasi; perkhidmatan penyiaran; perkhidmatan kurier; masalah kandungan atas talian dan perkara subsidiari.

Artikel Lain

“Belum ada tarikh” - Erra Fazira

Bapa Amir Raja Lawak meninggal dunia