suria

Nak beli kereta baharu, Remy Ishak kongsi ‘checklist’ penting

Remy mementingkan aspek teknologi dan keselamatan dalam memilih kereta.

BAGI individu yang mementingkan teknologi ketika membeli kereta baharu, terdapat beberapa faktor penting yang perlu dipertimbangkan.

Penting untuk menyelidik model kereta yang menawarkan ciri-ciri teknologi terkini seperti infotainment, bantuan pemanduan dan ciri-ciri keselamatan yang dipertingkatkan.

Selain itu, perbandingan spesifikasi dan ciri-ciri kereta dari pelbagai pengeluar juga disarankan untuk memastikan kereta yang dipilih memenuhi keperluan dan kehendak individu tersebut. 

Bagi aktor, Datuk Remy Ishak yang kini muncul sebagai duta jenama automotif GAC Malaysia, beliau mengakui akan tertarik dengan ciri keselamatan, keselesaan, dan teknologi terkini sesebuah kereta.

Antara perkara yang dititik berat oleh Remy dalam memilih kereta seperti:

1. Tetapkan keutamaan teknologi

- Dari sudut keselamatan sistem bantuan pemanduan (ADAS), brek kecemasan automatik, kawalan kelajuan adaptif, amaran keluar lorong.

- Keselesaan, hiburan dengan skrin infotainmen, sokongan Apple CarPlay atau Android Auto tanpa wayar, sistem audio.

- Pemanduan pintar seperti  bantuan parkir auto

- Teknologi enjin yang digunakan

2. Pandu uji (Test drive)

- Rasai sendiri bagaimana sistem teknologi berfungsi.

- Bandingkan keselesaan dengan kenderaan sedia ada yang digunakan.

3. Nilai dari sudut jangka panjang

- Waranti yang ditawarkan itu berbaloi atau tidak.

- Teknologi yang ditawarkan relevan dalam tempoh yang lama atau tidak.

GAC Emkoo menampilkan reka bentuk futuristik.GAC Emkoo menampilkan reka bentuk futuristik.

Jelas Remy, selepas menguji kenderaan utiliti sukan (SUV) GAC Emkoo yang diperkenal GAC Malaysia, beliau tertarik dengan pengalaman pemanduan yang praktikal dan sesuai untuk kegunaan harian tanpa mengabaikan aspek gaya dan inovasi. 

“Saya bukan peminat kereta lumba, tetapi saya mencari kenderaan yang selesa, selamat dan mudah digunakan untuk urusan seharian. Model-model GAC menepati ciri tersebut.

“Walaupun baharu di Malaysia, GAC sudah menjalankan penyelidikan dan pembangunan meluas, malah bekerjasama dengan jenama terkemuka dunia seperti Toyota dan Honda.

"Itu memberi keyakinan terhadap standard kualitinya,” katanya kepada mStar.

Bahagian luaran model ini menampilkan reka bentuk futuristik, manakala ruang dalaman dilengkapi kluster instrumen digital 10.25 inci dan unit infotainment 10.1 inci yang menyokong Apple CarPlay dan Android Auto.

Antara ciri keselamatan utama termasuk sistem bantuan pemandu termaju (ADAS) Tahap 2, yang lengkap dengan fungsi Bantuan Parkir Auto Penuh (FAPA).

Kapasiti but mencapai 1,586 liter apabila tempat duduk barisan belakang dilipat rata yang cukup luas untuk kegunaan harian atau percutian.

Dari segi prestasi, GAC Emkoo dikuasakan enjin 1.5L turbo (1.5 TGDI) yang dipadankan transmisi dual-klac (DCT) 7-kelajuan (7DCT), dengan penggunaan bahan api sekitar 6.6 liter per 100km.

Setiap pembeli GAC Emkoo layak menikmati waranti kenderaan selama lima tahun atau 150,000km serta, waranti enjin dan trenkuasa selama tujuh tahun atau 180,000km.

 

Artikel Lain

“Belum ada tarikh” - Erra Fazira

Bapa Amir Raja Lawak meninggal dunia