suria

[V] Rambut tak tepati syarat, remaja pulang hampa dari JPN... Ini garis panduan gambar nak buat MyKad 

Warna rambut yang terlalu terang atau luar biasa tidak digalakkan. -Gambar hiasan

HAJAT seorang remaja lelaki untuk memperbaharui MyKad tidak kesampaian selepas proses di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Putrajaya tidak dapat dilakukan gara-gara isu rambut.

Menurut ibu remaja berkenaan, mereka hadir ke pejabat JPN ketika waktu rehat tengah hari dan terpaksa menunggu lama sebelum kaunter dibuka semula pada pukul 2 petang.

“Kami dah beratur panjang, tunggu sampai kaunter buka balik. Ingatkan boleh siap cepat, sekali pegawai cakap gambar tak lulus sebab rambut.

"Rambut nak warna hitam, kami pun tak perasan bab rambut ni jadi terus kena balik,” katanya yang memaklumkan bahawa MyKad anaknya telah hilang dan perlu dibuat baharu.

Berdasarkan gambar yang dikongsinya di Threads, rambut anak lelakinya itu dilihat berwarna perang.

Terdapat beberapa syarat perlu dipatuhi semasa memperbaharui MyKad di JPN. -Gambar hiasanTerdapat beberapa syarat perlu dipatuhi semasa memperbaharui MyKad di JPN. -Gambar hiasan

Sementara itu JPN menerusi perkongsian video di media sosial [Tonton video], memaklumkan gambar dalam MyKad bukan sekadar gambar biasa, sebaliknya ia penting untuk tujuan pengecaman dan keselamatan identiti.

"Garis panduan ini terpakai untuk semua tanpa mengira kira siapa kita. 

"Tujuannya supaya gambar kita jelas, tepat dan menggambarkan rupa diri sebenar kita supaya boleh diguna bila perlu," katanya.

Syarat gambar MyKad

- Elakkan kanta lekap yang terlalu ketara sehingga mengubah rupa mata.

- Solekan sederhana, tak perlu keterlaluan.

- Warna rambut yang terlalu terang atau luar biasa juga tidak digalakkan.

- Perhiasan sekadar yang perlu, jangan sampai tutup ciri wajah sebenar.

- Simbol keagamaan atau budaya dibenarkan selagi tidak mengubah rupa wajah.

 

Artikel Lain