PENERIMA Penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) disarankan menggunakan aplikasi MyKasih semasa membeli-belah bagi memastikan barangan yang dipilih layak ditebus.
Melalui aplikasi tersebut, pengguna boleh menekan fungsi 'check item' (periksa item) dan mengimbas kod barangan sebelum ke kaunter.
Notifikasi akan memaklumkan sama ada barangan tersebut boleh dibayar menggunakan SARA atau tidak.
Langkah ini penting supaya pembeli dapat mengasingkan terlebih awal barangan layak ditebus dengan barangan lain, sekali gus mengelakkan kekeliruan ketika membuat pembayaran.
Lebih 100,000 barangan keperluan dalam 14 kategori boleh digunakan untuk Penghargaan SARA.
Ini kerana barangan daripada jenama sama, dengan kandungan dan berat yang sama, mempunyai status berbeza hanya kerana kod barangan tidak serupa.
Misalnya, susu kotak dari jenama yang sama tapi bungkusan berbeza, ada yang layak ditebus dan ada juga yang tidak.
Dengan membuat semakan awal melalui aplikasi, penerima SARA boleh menguruskan pembelian dengan lebih lancar, selain mengelakkan salah faham di kaunter pembayaran.
Panduan Guna MyKasih Untuk SARA
1. Muat turun aplikasi MyKasih di telefon pintar.
2. Pilih fungsi Check Item dalam aplikasi.
3. Imbas kod barangan sebelum dimasukkan ke dalam troli.
4. Semak notis kelayakan – barangan akan dipaparkan sama ada layak atau tidak.
5. Asingkan barangan layak dan tidak layak untuk memudahkan proses di kaunter.