suria

Apa nak buat jika berlaku gempa bumi? Mula-mula jangan panik, lakukan ini untuk kekal selamat

Kesan gegaran gempa bumi yang berlaku di Segamat, Johor. -Gambar media sosial

GEGARAN gempa bumi yang dirasai beberapa kali di Segamat, Johor mengingatkan kepada orang ramai tentang pentingnya pengetahuan langkah keselamatan ketika berdepan bencana alam.

Meskipun Malaysia bukan negara yang kerap dilanda gempa bumi besar, kesan gegaran dari kejadian di negara jiran seperti Indonesia boleh tetap dirasai sehingga ke Semenanjung.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi perkongsian di Jabatan Penerangan Malaysia, orang ramai digalakkan untuk memahami garis panduan asas keselamatan sebelum, semasa dan selepas gegaran, kerana tindakan pantas boleh menyelamatkan nyawa.

Kejadian gegaran yang dirasai di Johor wajar dijadikan peringatan bahawa walaupun Malaysia bukan zon aktif gempa, kita tetap perlu peka, berwaspada dan tahu apa yang perlu dilakukan apabila berlaku kecemasan.

Segamat sekali lagi dilanda gegaran pada awal pagi Jumaat.Segamat sekali lagi dilanda gegaran pada awal pagi Jumaat.

Langkah keselamatan gempa bumi:

Sebelum gempa bumi

- Periksa – Kenal pasti bahaya seperti objek mudah tumbang.

- Rancang – Sediakan pelan kecemasan dan komunikasi.

- Sedia – Lengkapkan beg kecemasan di tempat mudah dicapai.

- Minimumkan impak – Simpan dokumen penting, kukuhkan rumah, ambil perlindungan insurans jika perlu.

Semasa gempa bumi

- Jangan panik – Tenangkan diri.

- Tunduk, lindung dan bertahan – Cari perlindungan di bawah meja kukuh.

- Jika memandu – Hentikan kenderaan di tempat selamat.

Selepas gegaran

- Cari jalan keluar – Elakkan lif.

- Jauhi bangunan dan pesisir pantai – Kurangkan risiko runtuhan atau tsunami.

- Berkumpul di kawasan lapang – Ikut arahan pihak berkuasa.

Artikel Lain