GOLONGAN peniaga dan pembuat kek pasti runsing apabila mendapat tempahan daripada pelanggan yang tinggal jauh dari lokasi kedai.
Tambahan pula, terdapat banyak aduan di media sosial tentang kek rosak apabila tiba di tangan pelanggan meskipun dihantar menggunakan kereta.
Bagi sesetengah kek, ia dibuat menggunakan bahan premium keju yang semestinya memerlukan penjagaan rapi dan mudah rosak jika dikendalikan dengan kasar.
Bagi mengatasinya, anda boleh menggunakan bekas plastik seperti dikongsikan Again Heavenly Venture di laman Facebook.
Bekas kek yang digunakan menepati saiz jualan. Foto Facebook Again Heavenly Venture
Menurutnya, kaedah tersebut sesuai untuk kek yang mengandungi keju atau cheesy indulgent.
1. Ramai pelanggan yang memilih penghantaran menggunakan motosikal, oleh itu bekas seperti ini lebih selamat.
2. Kek yang dihasilkan sememangnya menepati saiz bekas, maka tidak akan berlaku masalah kek bergerak atau terjejas sepanjang tempoh penghantaran.
3. Kek boleh disimpan semula dalam keadaan selamat berbanding penggunaan kotak yang mudah lembik.