suria

Ramai terpedaya barang kemas campur mutu! Pembeli, peniaga emas jangan ‘skip’ cara uji ketulenan

Teknik pengujian emas perlu dilakukan bagi memastikan mutu dan ketulenannya.

LOGAM emas untuk perhiasan didatangkan dalam pelbagai mutu berdasarkan ketulenan dan campuran logam lain.

Paling popular pada masa ini adalah emas 916 atau 22 karat kerana keseimbangan ketahanan dan kilauannya sesuai dijadikan barang kemas untuk kegunaan harian.

Harga yang meningkat saban tahun membuatkan kebanyakan masyarakat menjadikannya aset pelaburan jangka panjang.

Justeru, anda yang baru berjinak-jinak dalam perniagaan emas perlu sentiasa berhati-hati semasa melakukan urusan jual beli kerana terdapat isu barang kemas bercampur mutu dijual pada masa ini.

Menerusi perkongsian Siti Aminah Gold di laman Facebook, dia mengakui telah terpedaya dengan mutu barang kemas jenis rantai leher yang dijual oleh pelanggannya.

Barang kemas datang dalam pelbagai mutu.

Barang kemas datang dalam pelbagai mutu.

"Hari ni Kak Min terkena dengan pelanggan. Datang nak jual, tapi rupanya barang tu cangkuknya emas 916 tapi badan (rantai leher) pula emas paun.

"Parah kalau main 'ciduk' (ambil) je, boleh menangis modal... kalau tak teliti memang makan diri," jelasnya, sambil menasihati golongan pembeli emas supaya mengikut langkah pengujian emas dengan tertib.

Untuk maklumat, emas paun merujuk kepada barang kemas yang bermutu rendah dan kebiasaannya dalam kategori 585 (14K) atau 750 (18K).

Ia banyak digunakan dalam pembuatan barang kemas lama kerana campuran logam lain yang lebih banyak.

Anda yang ingin menguji emas boleh ikut cara ini.

1. Secara visual

Periksa mutu cop pada emas sama ada 999, 916 mahupun 875 dan perhatikan perubahan warna selepas menggosoknya dengan jari.

Penggunaan asid nitrik adalah paling mudah.

Penggunaan asid nitrik adalah paling mudah.

2. Guna magnet

Jika emas melekat pada magnet bermakna ia adalah emas palsu kerana sudah bercampur dengan logam lain seperti besi. 

Tapi awas, ada juga emas palsu yang dicampurkan dengan bahan logam lain yang tidak magnetik.

3. Uji dengan asid nitrik

Ini merupakan cara yang cukup bagus untuk mengenali emas asli atau palsu.

Jika menunjukkan reaksi warna hijau, ia bermaksud logam besi berlapis emas manakala reaksi warna susu menunjukkan logam perak berlapis emas.

Namun jika barang kemas menunjukkan reaksi emas, itu bukanlah emas asli sebaliknya logam kekuningan berlapis emas kerana emas asli tidak memberi reaksi.

Artikel Lain