suria

Setiap jenis kuali ada 'rahsia', pengaruhi rasa masakan... Patutlah ada mak-mak masih guna walau dah buruk

Jenis kuali dapat membantu mempercepatkan masakan dan meningkatkan rasa. -Foto Facebook Mohd Hafiz Shamshuddin

PERALATAN yang tahan lasak dan mudah dikendalikan rupanya sangat penting apabila memasak dalam kuantiti yang banyak.

Bukan sahaja memudahkan kerja di dapur, penggunaan alatan yang sesuai dapat menjimatkan masa dan tenaga, malah memastikan hasil masakan lebih sedap. 

Maka tidak hairanlah ramai yang menganggap pemilihan peralatan yang sesuai adalah ‘rahsia’ untuk menyedapkan hidangan bagi majlis kenduri atau jamuan keluarga besar.

Turut berkongsi tip di Facebook, Chef Mohd Hafiz Shamshuddin berkata, kuali untuk memasak hidangan berskala besar khususnya penyedia perkhidmatan katering haruslah diperbuat daripada aluminium atau kuali besi.

Ini perbezaan antara kuali stainless steel, kuali besi dan aluminium.

Penggunaan kuali yang tepat penting dalam proses memasak. -Gambar hiasan

Penggunaan kuali yang tepat penting dalam proses memasak. -Gambar hiasan

1. Kuali stainless steel

Memang kuali jenis ini nampak cantik dan berkilat tetapi pemanasannya tidak sekata dan mudah menyebabkan makanan menjadi hangit.

Hasil goreng ikan pun tidak cantik disebabkan bahan mentah melekat pada permukaan.

2. Kuali aluminium

Para ibu zaman dahulu memang gemar menggunakan kuali aluminium.

Selain ringan dan mudah dikendalikan, ia juga cepat panas.

Malah ada yang mendakwa, semakin lama menggunakan kuali ini, hasil masakan akan menjadi semakin 'padu'.

Bagaimanapun, kuali ini mudah lekuk pada bahagian tengah apabila anda menggunakan dapur gas bertekanan tinggi.

3. Kuali besi (carbon steel wok)

Mereka yang pernah menggunakan kuali ini pasti menganggapnya 'alatan magik' kerana makanan yang dihasilkan mempunyai rasa berbeza selepas segala perasa dimasukkan.

Carbon steel lebih ringan berbanding cast iron dan lekuk kuali lebih dalam.

Kebiasaannya ia sesuai untuk menghasilkan makanan bergoreng seperti ayam kerana tidak melekat.

Artikel Lain