suria

Kera memang cerdik, tapi masih boleh diperdaya! Wanita kongsi cara mudah halau monyet liar

Cara berkesan yang diamalkan pemilik kebun masa kini.

GANGGUAN kera dan monyet liar di kebun atau ladang buah bukanlah masalah baharu.

Mereka yang mempunyai kawasan tanaman mini juga tidak terkecuali daripada serangan haiwan berkenaan yang tertarik dengan tanaman.

Bagi anda yang masih dibelenggu gangguan kera dan monyet liar selepas mencuba pelbagai teknik dan cara untuk menghalaunya, bolehlah cuba kaedah yang dikongsikan Rinda Sofea di Threads.

ARTIKEL BERKAITAN: Sakit hati monyet asyik pecah masuk rumah! Cuba guna 2 bahan ini, mudah dan jimat... Tak perlu baling mercu

Menurutnya, dengan menggunakan patung ular tiruan, tiada lagi gangguan daripada haiwan liar berkenaan.

Malah katanya, ular yang diletakkan pada pokok perlulah sentiasa diubah-ubah kedudukannya bagi memastikan ia kelihatan seperti 'real'.

Beberapa pelayar Threads turut berkongsi penggunaannya di kebun dan kawasan rumah.

"Apabila dah pakai yang tiruan ni, kena tukar-tukar posisinya sebab kalau statik kat tempat sama, kera akan tahu... kera cerdik.

"Bukan setakat kera, dengan aku sekali pun lari sebab nampak betul.

"Menjadi untuk minggu pertama," demikian antara reaksi netizen.

 

Artikel Lain