MENERIMA notifikasi kemasukan wang ke dalam akaun pasti akan menggembirakan sesiapa sahaja.
Jika anda pernah mengalaminya, jangan gembira dahulu kerana ia mungkin 'perangkap' yang boleh memusnahkan masa depan.
Berdasarkan perkongsian Raja Kamil Official di laman Thread, situasi itu boleh menyebabkan akaun anda dibekukan.
"Suatu hari orang salah transfer RM100 ke akaun kita, dia guna nombor telefon. Tak lama kemudian ada orang hubungi cakap salah transfer.
"Kita pun transfer balik, nampak macam tiada isu... siap rasa baiknya aku ni. Tak lama kemudian, akaun kita kena beku.
"Siasatan kes keldai akaun sebab kita tak pastikan betul-betul akaun mana yang kita transfer tu. Adakah ia akaun yang sama atau tidak," ujarnya.
Mereka yang dibekukan akaun akan mengalami kesukaran dalam urusan perbankan. -Gambar hiasan
Menurut Raja Kamil, situasi tersebut berlaku disebabkan mangsa penipuan melakukan transaksi ke akaun anda.
Kemudian, anda melakukan transaksi ke akaun lain.
Apabila mangsa penipuan menyedari dia ditipu, dia membuat laporan pada akaun anda dan mengakibatkan tindakan diambil Bank Negara.
Seterusnya, kesemua akaun di bawah nama anda dibekukan atau ditutup.
Sehubungan itu, Raja Kamil menasihati supaya jika anda ingin melakukan transaksi semula, pastikan nombor akaun adalah sama dengan yang diterima.
"Paling selamat adalah anda menghubungi pihak bank untuk membantu transaksi semula dan simpan rekod," jelasnya lagi.
Bagi mengelakkan situasi ini, anda perlulah mengikut beberapa langkah yang dikongsikan Raja Kamil.
1. Jangan dedahkan nombor akaun dan nombor telefon.
2. Jika anda orang bisnes, gunakan akaun bisnes dan sebaiknya payment gateway.