suria

Umur 3 tahun dah pandai bercakap, berbual macam orang dewasa... Ibu ini kongsi cara berkesan didik anak supaya tak ‘berat mulut’

Para ibu perlu sentiasa berborak dengan anak sejak dari dalam kandungan lagi. -Gambar hiasan

GOLONGAN ibu merupakan insan paling bimbang apabila anak masih tidak mengeluarkan perkataan sebagaimana tahap perkembangan yang sepatutnya.

Malah ada yang mula mendapatkan nasihat doktor dan pakar terapi bagi memastikan anak membesar dengan sihat.

Anda yang ingin memastikan perkembangan anak seiring 'milestone' yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM) bolehlah mencuba kaedah yang dikongsikan mylittleworld.my di Thread.

Menurut pemilik akaun tersebut, anak lelakinya yang baru berusia tiga tahun sudah petah berkata-kata.

1. Semasa fasa kehamilan

Daripada dalam perut lagi saya sudah mula berborak dengan dia, cerita semua perkara yang buat saya gembira.

Bacaan dalam solat mahupun berdoa pun dalam suara yang tinggi

Malah, nak masuk bilik air pun saya ceritakan pada dia.

Jangan bimbang jika anak sepahkan rumah.

Jangan bimbang jika anak sepahkan rumah.

2. Membaca surah Ar-Rahman setiap hari

Surah-surah lain pun diamalkan seperti surah Maryam.

Kebetulan selepas bersalin, barulah saya jumpa hantaran yang menyatakan jika mahu anak pandai bercakap, ibu perlu saling membaca Ar Rahman ayat 1-4.

3. Berborak seperti biasa sejak bayi

Cakap dengan baik seperti nak masak, nak makan, nak masuk tandas.

Setiap pagi saya akan duduk di balkoni bercerita tentang pokok, langit, burung serta kereta.  Perkataan pertama anak saya adalah pokok dan kereta.

4. Guna flashcard hitam putih

Saya amalkan penggunaan flashcard daripada umur dia sebulan, semasa tummy time sehingga usianya empat bulan.

Selepas itu mula guna flashcard yang ada warna kontra dan seterusnya pelbagai gambar. 

Anak akan mengeluarkan perkataan yang didengarinya semasa bermain.

Anak akan mengeluarkan perkataan yang didengarnya semasa bermain.

5.  Bacakan anak buku

Sekurang-kurangnya 10 buku sehari dan kesemuanya diulangi setiap hari sehingga usia dia dua tahun.

6. Kongsi pengalaman

Saya buka topik pasal pengalaman, contohnya kami pernah bercuti ke Jepun semasa dia berusia satu tahun.

Saya ulang pasal Minions, hotel, shinkansen dan macam-macam lagi, sekarang dia ingat setiap perkara pasal percutian tersebut dan boleh bercerita balik pada orang lain.

7. Tidak melemahkan kemampuan anak

Jangan memandang rendah pada kemampuan anak untuk memahami perkataan yang kompleks.

8. Selalu buat aktiviti montessori

Boleh sahaja pelbagaikan cara bermain seperti pom pom, gunting dan lekat, selerekkan mainan, main tanah dan lego. 

Tetapi semasa main, tutup mulut anda supaya anak boleh keluarkan semua perkataan yang dia pernah dengar.

Artikel Lain