KETIKA ini boleh dikatakan kebanyakan kawasan di seluruh negara sedang mengalami hujan lebat selain angin kencang.
Malah Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) turut mengeluarkan amaran ribut petir dengan intensiti hujan melebihi satu jam di kebanyakan negeri.
Situasi ini semestinya meningkatkan risiko keselamatan buat pengguna jalan raya.
ARTIKEL BERKAITAN: Nak gaji besar tapi tiada kelulusan tinggi? Cuba lakukan kerja ini, pendapatan boleh cecah RM10,000 sebulan
Selain dinasihatkan berhati-hati mengendalikan kenderaan di jalan raya dalam situasi cuaca yang tidak menentu ini, pengguna juga perlu berwaspada memilih tempat parkir agar tidak mengundang bahaya atau meimbulkan kesulitan di kemudian hari.
Berikut disenaraikan empat lokasi yang perlu anda elakkan ketika mahu meletakkan kenderaan:
1. Bawah pokok
- Risiko pokok tumbang atau dahan patah akibat angin kencang boleh merosakkan kenderaan.
- Daun, ranting, dan buah yang gugur boleh menyebabkan kenderaan kotor, calar atau kemek.
Hujan berterusan menyebabkan kawasan rendah mudah dinaiki air. -Gambar hiasan
2. Berhampiran pantai atau sungai
- Risiko air pasang surut boleh menyebabkan kerosakan serius pada kenderaan.
- Bukan sahaja pokok dihanyutkan, tetapi kenderaan, rumah dan nyawa pun boleh hilang apabila berlaku fenomena ini.
- Sebaik-baiknya parkir di tempat yang selamat biarpun terpaksa berjalan jauh, ataupun elakkan dahulu ke pantai mahupun sungai ketika cuaca tidak menentu.
3. Kawasan rendah
- Tempat yang rendah mudah dinaiki air ketika hujan lebat menyebabkan kereta terperangkap atau rosak akibat banjir.
- Risiko kenderaan hanyut atau tenggelam jika berlaku banjir kilat.
- Proses pengeringan kenderaan selepas banjir boleh mengambil masa lama dan kos baiki tinggi.
4. Lereng bukit
- Risiko tanah runtuh atau batu jatuh yang boleh memusnahkan atau merosakkan kenderaan.
- Keadaan jalan yang licin dan tidak stabil boleh menyebabkan kenderaan tergelincir.