suria

Musim hujan je muncul! Ini 7 cara elak ruang di rumah anda jadi sarang lipan

Gigitan lipan tidak boleh dipandang remeh kerana ia boleh menyebabkan kesakitan yang teruk dan mengundang komplikasi serius. -Gambar hiasan

MENJELANG musim hujan, salah satu perkara yang menjadi kebimbangan pemilik kediaman adalah kemunculan haiwan berbisa.

Keadaan cuaca yang lembap dan basah menjadi faktor utama munculnya haiwan ini di kawasan rumah, contohnya lipan. 

Kehadiran lipan bukan sahaja mengganggu, malah berpotensi membahayakan keselamatan penghuni kerana sengatannya yang berbisa.

ARTIKEL BERKAITAN: Akhirnya jumpa cara nak halau bari-bari! Lega tiada lagi masalah serangga hurung buah

Bagi mereka yang menetap di kawasan kampung, boleh dikatakan haiwan ini kerap muncul sehingga mengundang rasa bimbang lebih-lebih lagi jika mempunyai anak kecil.  

Oleh itu, adalah penting untuk mengambil langkah-langkah pencegahan bagi menghalang kemunculan lipan demi memastikan keselamatan dan keselesaan di dalam kediaman.

1. Bilik air, dapur dan stor sentiasa kering

- Kawasan yang lembap seperti bilik air, dapur dan stor merupakan tempat yang sesuai untuk lipan dan serangga lain membiak. Oleh itu, memastikan kawasan ini sentiasa kering dapat mengurangkan risiko kehadiran lipan.

``LIPANJ BARA'' SPECIES FOUND IN GUA KEPAYANG.. *** Local Caption *** Lipanj bara in Gua Kepayang.

Lipan menggemari persekitaran yang lembab dan sejuk. -Gambar hiasan

2. Semak di halaman rumah

- Semak dan tumbuhan yang terlalu merimbun di halaman rumah boleh menjadi tempat lipan bersembunyi. Membersihkan kawasan ini membantu mengurangkan habitat semula jadi lipan. 

3. Longkang bersih, tidak tersumbat

- Longkang yang tersumbat menyebabkan air bertakung dan meningkatkan kelembapan sekitar rumah, yang boleh 'mengundang' lipan datang. Membersihkan longkang memastikan aliran air lancar dan kawasan sekeliling kering.

4. Rekahan dinding

- Lipan boleh memasuki rumah melalui celah-celah kecil pada dinding. Menutup celah ini membantu menghalang lipan masuk ke dalam kediaman.

Pictures of dengue breeding sites at Bandar Putra Permai, Seri Kembangan. — LOW LAY PHON/The Star

Persekitaran rumah yang semak berpotensi menjadi habitat pembiakan lipan. -Gambar hiasan

5. Kotak, kain lama, surat khabar

- Barang-barang yang tidak digunakan dan bertimbun menjadi tempat lipan dan serangga lain bersembunyi. Membuang atau menyusun kemas barang-barang ini dapat mengurangkan tempat persembunyian mereka.

6. Minyak serai wangi (lemongrass oil)

- Minyak serai wangi mempunyai bau yang tidak digemari lipan. Dengan mencampurkan minyak ini dengan air dan menyemburnya di kawasan strategik, ia dapat membantu menghalau lipan secara semula jadi.

7. Racun serangga di perimeter rumah, bawah singki, bilik air

- Biarpun ia penyelesaian jangka pendek, namun semburan ni dapat membunuh atau menghalau lipan dengan lebih efektif.

Artikel Lain