SIAPA yang tidak panik apabila suhu kereta naik mendadak secara tiba-tiba dan dalam masa yang sama, pendingin hawa tidak berfungsi seperti biasa.
Bayangkan jika ketika itu anda dalam perjalanan untuk bercuti ataupun pulang ke kampung bersama keluarga, pastinya situasi menjadi kelam-kabut dan panik.
ARTIKEL BERKAITAN: Ramai selalu buat silap, rupanya tak elok cas bateri sampai 100 peratus penuh... Ikut 4 perkara ini jika sayang telefon
Pasti ramai pemilik kenderaan pernah berhadapan dengan situasi sebegini, namun tidak semua tahu punca sebenar atau langkah yang perlu diambil apabila keadaan ini berlaku.
Menerusi perkongsian @altimatautogarage di TikTok, situasi ini tidak semestinya menjadi petanda compressor atau radiator rosak.
"Habislah korang, kalau jadi macam ni memang alamat dia tukar radiator baru atau compressor baru... memang itu je kan?

Pemilik kereta perlu lebih berhati-hati meneliti masalah yang berlaku untuk mengelakkan berlaku kerugian. -Gambar hiasan
"Tapi rileks dulu kakak, abang semua. Kalau temperature naik, aircond tiba-tiba tak sejuk, tak semestinya radiator problem atau compressor yang bermasalah.
"Boleh jadi mungkin sebenarnya kipas anda yang problem," ujarnya.
Menurut mekanik tersebut, apabila kipas tidak bergerak, maka tiada peralatan yang berfungsi membantu penyejukan radiator.
"Sebab itulah temperature kereta anda naik dan aircond tak sejuk. Puncanya kipas rosak.
"Penyelesaiannya senang... tukar kipas (fan motor) ini sahaja. Anda tukar kipas ni berapa ringgit sahaja daripada anda tukar sendiri compressor lah, radiator lah.
"Rugi... masalah tak selesai juga," ujarnya.
Justeru mekanik tersebut menasihatkan agar pemilik kereta meneliti masalah yang berlaku terlebih dahulu dengan bantuan mekanik untuk mengelakkan kerugian.
Semoga bermanfaat!


