suria

Staf pusat servis puji ‘mileage’ kereta dah tinggi, ‘brake pad’ masih elok... Pemilik kongsi cara pemanduan

Setiap kereta perlu menjalani servis secara berkala. -Gambar hiasan

SEMAKIN lama sesebuah kereta digunakan, maka semakin tinggi risiko komponen di dalamnya mengalami kerosakan dan perlu diganti dengan yang baharu.

Di Threads, seorang pemuda dikenali sebagai Flash Faris berkongsi tip yang diamalkannya dalam penjagaan kereta.

Menurut Faris, dia dipuji oleh kakitangan sebuah pusat servis kerana komponen brek keretanya masih baik walaupun kenderaan itu sudah lama digunakan.

"Mileage kereta dah 70,000 kilometer (km). Hantar servis di pusat servis. 

"Advisor (SA) tanya, macam mana brake pad aku tak nipis-nipis tapi mileage (perbatuan) dah tinggi.

"Pelanggan dia yang lain, mileage 20,000 ke 30,000 dah kena tukar. Mungkin mereka asyik tekan brek kot," tulisnya.

Amalan sejak dulu

Menurut Faris, dia biasanya akan meletakkan gear kepada N sebelum menukar kepada gear P setiap kali memulakan atau menamatkan pemanduan.

"Bila ingat-ingat balik aku pun biasakan diri amalkan satu tip ni dari dulu lagi. Walaupun kereta aku auto akan P semua bila tekan start/stop button.  

Ketahanan komponen kereta bergantung kepada cara pemanduan dan penjagaan. -Gambar hiasan AI

"Tapi cara macam ni untuk jaga gearbox kita. Jadi tak tahu la berkait ke tidak. Aku cuma terangkan dekat dia. Waktu nak parking tarik gear ke N dulu. 

"Kemudian tarik brek tangan atau dan baru tekan atau tolak gear ke P untuk parking tu," jelasnya.

Cara pemanduan

"Satu lagi, aku bukan jenis tekan-tekan brek selalu. Release pedal minyak, biar kereta perlahan sendiri, kemudian baru brek.

"Kau kena agak juga la nak sampai ke halangan atau kereta depan," kongsinya lagi.

 

Artikel Lain