suria

Ramai ghairah suruh AI buat 'editing' mengarut... Saintis kaitkan dengan pembebasan karbon, risiko perubahan iklim

Penggunaan AI dikatakan boleh memberi impak terhadap perubahan iklim. -Gambar hiasan

RAMAI pengguna media sosial kini menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk menghasilkan pelbagai foto menarik.

Berbekalkan gambar wajah sahaja, AI boleh membantu anda menyunting gambar itu dengan pakaian berbeza dan latar belakang baharu.

Malah, pelbagai jenis suntingan lagi boleh dilakukan dengan mudah menerusi platform AI yang disediakan secara percuma.

Namun timbul kebimbangan apabila gambar AI juga boleh digunakan untuk tujuan penyamaran, menipu dan memperdaya orang melalui akaun palsu di media sosial.

Di sebalik keghairahan manusia, timbul pula isu yang mengaitkan penggunaan AI dengan pemanasan global.

Seorang pengguna Thread turut meraih perhatian ramai selepas dia menyuarakan kemarahannya tentang isu itu.

Contoh gambar janaan AI yang boleh digunakan oleh pemilik akaun media sosial palsu.

"Sudah-sudahlah memberi sumbangan kepada pemanasan global untuk menghasilkan foto AI yang entah apa-apa," tulisnya.

Di ruangan komen hantaran itu, seorang saintis iklim dikenali sebagai Dr Natasha M turut memberikan penjelasannya berhubung kenyataan tersebut.

Penjelasan melalui analogi 

Saya saintis iklim. Saya bekerja rapat dengan isu-isu pemanansan global. Jadi, ayuh saya bagi contoh ya. Harapnya dengan contoh ini, semua orang akan faham bagaimana ChatGPT prompts boleh menyebabkan perubahan iklim.

Bayangkan ada orang ketuk pintu rumah. Awak bangun dari kerusi, pergi buka pintu, orang tu tanya ada sudu tak? 

Awak tutup pintu, jalan ke dapur, buka laci, jumpa sudu. Bawa sudu ke pintu, serah sudu kepada orang itu.

Orang tu balas no, nak sudu tahun 1970. Awak jalan ke dapur semula. Cari sudu yang rupa dari tahun lama-lama. Jumpa sudu, dah karat sikit.

Bawa sudu tu, serah kepada orang dekat pintu. Orang tu cakap sudu tahun 1970 bunga kerawang warna perak.

Awak pergi lagi ke dapur. Jalan semula. Cari dalam semua laci dan kabinet. Jumpa sudu kerawang warna putih-putih. Bawa sudu ke depan pintu, serah sudu, orang tu cakap lain pula.

Lihat, ini sangat memenatkan. Penat yang awak bayangkan tu, adalah karbon yang terbebas setiap kali kita membuat permintaan yang tak perlu.

Begitulah AI menyebabkan perubahan iklim.

Artikel Lain