suria

Cermin kereta pecah gara-gara orang potong rumput? Pemuda kongsi cara tuntut ganti rugi, boleh selesai tak sampai 24 jam

Kejadian cermin kereta pecah akibat batu boleh berlaku sama ada disebabkan kemalangan atau disengajakan. -Gambar hiasan AI

PASTI ada dalam kalangan kita yang pernah mengalami insiden cermin kereta pecah gara-gara orang yang memotong rumput di tepi jalan.

Dalam kebanyakan kes, ramai pemilik kereta terpaksa menanggung kos baik pulih kerana tidak tahu cara yang betul untuk menuntut ganti rugi.

Di Threads, seorang individu dikenali sebagai Fikryzaa berkongsi langkah-langkah untuk menuntut ganti rugi daripada kontraktor terlibat.

"Kalau cermin kereta pecah kerana terkena batu semasa kontraktor tengah potong rumput, ini langkah patut buat supaya duit sendiri tak hangus.

"Baru je kena semalam. Dalam empat jam settle minta ganti rugi," tulisnya.

Langkah-langkah

1. Jangan panik. Berhenti di tempat selamat dan pastikan keadaan sekitar okey sebelum ambil tindakan seterusnya.

2. Turun kereta dan terus pergi beritahu pekerja yang sedang memotong rumput. Minta dengan baik nombor telefon majikan atau penyelia mereka untuk urusan seterusnya.

Kontraktor terlibat sepatutnya perlu bertanggungjawab jika berlaku kerosakan harta awam. -Gambar hiasan AI

3. Hubungi penyelia mereka dan minta ganti rugi cermin daripada panel kedai mereka jika mereka kontraktor. Bagi yang jenis persendirian 'salam takziah' (tiada harapan). Pastikan anda minta mereka uruskan terus, kalau boleh jangan bayar sendiri.

4. Kalau cermin ada tinted, minta mereka ganti juga. Biasanya mereka akan cuba bagi tinted biasa atau yang paling murah. Minta sampai dapat tinted yang sama spesifikasi asal.

Komen netizen

Beberapa netizen turut berkongsi pengalaman sama menuntut ganti rugi cermin kereta yang pecah.

"Ya saya pernah kena. Dalam 30 minit tunggu pengurus dia datang. Selepas 30 minit hantar tuntutan ganti rugi, terus pergi kedai yang mereka tetapkan dan terus tukar cermin baharu.

"Pernah kena. Tukang potong rumput suruh hubungi bos dia. Bos dia minta model kereta, dia order cermin. Lepas tu dia datang rumah pasang sendiri. Bos dia memang pandai pasang cermin kereta.

"Pernah kena juga. Dapat nombor kontraktor, dia suruh buat laporan polis dulu. Lepas tu minta kita pergi ke bengkel panel mereka," kongsi beberapa netizen.

Artikel Lain

Daddy Rock meninggal dunia