suria

Derita diganggu sejak bujang, lepas kahwin minta cerai setiap hari angkara jin asyik! Selesai rawatan baru ibu dedah keturunan

Gangguan jin asyik sering menyebabkan seseorang mengalami mimpi pelik berunsur seksual. -Gambar hiasan

GANGGUAN makhluk halus seperti saka bukanlah sesuatu yang boleh dianggap remeh.

Sebagaimana kisah yang dikongsikan oleh seorang wanita ini, dia berkongsi bagaimana peritnya penderitaan yang dialami gara-gara terkena gangguan jin asyik.

Menerusi satu perkongsian di laman sosial, wanita yang dikenali sebaga@minazaini berkata, gangguan tersebut dialaminya sejak bujang dan berlanjutan selepas dia mendirikan rumah tangga.

ARTIKEL BERKAITAN: Selalu sangat mimpi disetubuhi seseorang, itu tanda-tanda ‘Jin Asyik’ dalam badan!

"Sebelum ni aku dan suami pernah berubat dengan seorang ustaz. Katanya kami kena sihir pemisah, sihir yang buat suami isteri bergaduh, benci dan renggang.

"Tapi walau dah berubat beberapa kali, aku masih rasa tak okay. Dalam hati tahu, 'ada benda lagi yang tak selesai'.

"Sampailah satu hari, hari Isnin lepas. Allah takdirkan aku jumpa Ustaz Shafiq Mujahid. Dia datang ke office. Kebetulan. Aku pun kuatkan hati, approach dia. 'Ustaz… saya rasa saya ada gangguan'," kongsinya.

Menurut wanita tersebut, dia bercerita mengenai gangguan yang menghantui dirinya termasuk beberapa perkara aneh yang dialami sebelum dan selepas berumah tangga.

Jin asyik dipercayai jatuh cinta kepada manusia, khususnya wanita. -Gambar hiasan

Antaranya, mimpi bersetubuh dengan orang tak dikenali, mimpi suami curang, mimpi jatuh bangunan, sering bergaduh dengan pasangan, period tidak teratur selain senggugut yang teruk dan badan selalu sakit serta lebam-lebam. 

Lebih parah dedahnya, pergaduhan yang bermula dengan perkara kecil akan menjadi besar sehingga dia meminta cerai daripada suami setiap hari.

Dipendekkan cerita, ujarnya, ustaz berkenaan meminta dia dan pasangan mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan Islam di Prai, Pulau Pinang.

"Sampai di pusat rawatan, badan rasa sangat tak selesa. Sejuk. Lapar, tapi tak lalu makan. Suami paksa juga makan. 

"Masuk bilik rawatan terus terhidu bau busuk sangat, menusuk, pening. Aku dah nak ajak ustaz keluar dari bilik. Rupanya… bau tu bau kasturi kijang. Ustaz kata jin memang tak suka.

"Ustaz minta aku dan suami tadah tangan. Dibacakan ayat ruqyah untuk detect gangguan. Ujian pertama, kalau jin ada dalam badan, jari jemari kiri akan bergerak sendiri.

"Dan masa tu… jari-jari kiri aku memang bergerak perlahan, tanpa aku kawal. Suami? Tak bergerak," tulisnya. 

Sebaik sahaja 'ujian pertama' selesai dilakukan, wanita tersebut berkata perawat berkenaan mengesahkan bahawa gangguan yang dialaminya bukan disebabkan sihir tetapi pendamping iaitu jin asyik. 

Gangguan jin asyik menyebabkan hubungan pasangan menjadi 'panas'. -Gambar hiasan

"Kepala terus rasa berat tak boleh angkat, mata tak boleh buka. Aku pandang bawah sepanjang masa, tapi aku dengar jelas ustaz cuba berkomunikasi dengan jin dalam badan aku. Time ni dah mula nangis.

"Soalan demi soalan ustaz tanya, antara yang ingat 'dah berapa lama kau dalam badan dia, kau nak kahwin dengan dia, kau dah ada anak dengan dia?" ceritanya.

Sepanjang menjalani rawatan, dia hanya menangis dan meraung sebelum mendengar perawat memujuk jin di dalam badannya untuk keluar.

"Ustaz minta ikut baca ikrar pemutus ikatan perjanjian saka atau sihir. Lepas tu… rasa berat sangat. Ustaz minta buka mulut, then aku terus muntah. Muntah semuntah-muntahnya.

"Tiba-tiba, semua jadi ringan. Tenang. Sunyi. Macam baru terlepas dari beban yang aku pikul bertahun-tahun.

"Lepas rawatan, aku tanya ibu pasal keturunan aku. Dan ya, ibu sahkan kami dari keturunan Raden. Ustaz kata, jin memang tertarik dengan darah keturunan raja atau mulia.

"Kalau kau rasa tak stabil, mimpi pelik, emosi tak terkawal… Please, jangan simpan sorang-sorang. Ikhtiar. Berubat. Ruqyah. Cari ustaz. Cari jalan," akhirinya.

 

Artikel Lain

Sheqal meninggal dunia