suria

Wanita dakwa nampak Myvi tanpa pemandu di laluan Gerik-Jeli, bagi 'signal' nak masuk hutan

Pemanduan waktu malam biasanya lebih bahaya berbanding siang hari. -Gambar hiasan

LALUAN Timur-Barat yang menghubungkan Gerik, Perak dan Jeli, Kelantan sudah menyaksikan banyak nyawa terkorban akibat kemalangan jalan raya.

Di sebalik nahas yang berlaku, sebilangan pengguna jalan raya turut mendakwa pernah berdepan kejadian mistik ketika lalu di kawasan berkenaan.

Menerusi satu hantaran tular di TikTok pada tahun lalu yang mengupas topik kisah seram berkaitan Gerik-Jeli, ramai warga maya berkongsi pengalaman mereka.

Di ruangan komen hantaran itu, seorang wanita mendakwa dia pernah terserempak dengan kereta tanpa pemandu pada waktu malam.

"Saya sendiri pernah kena. Malam raya. Ikut kereta Myvi depan. Dia bagi signal kanan. Sedangkan kanan tu semak hutan.

"Bila potong kereta Myvi tu, rupanya tak ada pemandu. Allahukhbar. Terdiam terus," tulis wanita itu di ruangan komen TikTok pada tarikh 7 April 2024.

The road along Federal Highway near Mentari Court was seen less with vehichles around 10.30pm during the observation last night. — IZZRAFIQ ALIAS/The Star

Segelintir individu tidak berani untuk memandu jauh pada waktu malam. -Gambar hiasan

Dalam hantaran itu, beberapa individu lain turut berkongsi pengalaman sama, namun melibatkan kereta yang berbeza.

"Macam bapa saudara aku kena. Tapi kereta Wira. Dia ikut Wira sebab kabus tebal, tak nampak jalan. Nasib baik sempat brek, berpusing-pusing kereta.

"Hampir terjun gaung. Kereta Wira tu bawa terus ke gaung," tulis seorang pemuda.

Seorang lagi wanita turut berkongsi kisah dia dan suaminya yang nyaris terbabas di laluan Gerik-Jeli gara-gara kehadiran sebuah motosikal misteri.

"Ngeri oi. Kali pertama aku dengan suami lalu situ. Tiba-tiba laki aku cakap ada motor lintas kereta kami. Motor tu lampu bulat. Motor lama dinaiki orang tua, laki bini.

"Tiba-tiba motor tu belok ke kiri. Nasib baik suami aku sedar, tak ikut jalan motor tu. Rupa-rupanya gaung. Ya Allah, aku pun terkejut laki aku tiba-tiba brek mengejut.

"Aku tanya kenapa? Dia cakap kita hampir-hampir nak masuk gaung. Hilang macam tu saja kelibat motor tu. Kalau laki aku ikut arah motor tu, rasa arwah dah kami," tulis wanita itu pula pada 8 April 2024.

 

Artikel Lain

Sheqal meninggal dunia