suria

“Dia pakai baju kurung corak lama” - Rider tak boleh lupa insiden hantar pesanan pukul 1 pagi, tangan nenek tua muncul di sebalik pintu

Kebanyakan rider bekerja hingga lewat malam demi mencari wang tambahan. -Gambar hiasan

PEKERJA penghantar makanan dan barang atau rider berdepan pelbagai cabaran dalam mencari rezeki setiap hari.

Selain cuaca yang tidak menentu, mereka juga mempertaruhkan nyawa ketika berada di atas jalan raya.

Namun kadang-kala mereka turut diuji dengan kejadian-kejadian yang tidak dapat dirungkai dengan akal logik.

Di aplikasi Thread, seorang rider dikenali sebagai Khairulas mendakwa berdepan peristiwa aneh ketika menghantar makanan ke rumah pelanggan.

"Malam tadi aku hantar pesanan pukul 1 pagi. Pelanggan suruh naik sampai depan pintu rumah. Aku bagi salam dan ketuk pintu. Dengar suara budak perempuan sambut salam, lepas tu pintu terbuka. 

"Dalamnya gelap, rumah macam tiada elektrik. Tiba-tiba ada satu tangan hulur keluar untuk ambil makanan. Aku pelik, suara budak tapi tangan yang hulur tangan nenek tua berkedut dengan baju kurung corak lama.

A food delivery rider was seen holding the food wrapped with single use plastic bags at Pasar Moden Seksyen 6 in Shah Alam yesterday. — IZZRAFIQ ALIAS/The Star

Rider bertanggungjawab menghantar pesanan pelanggan ke destinasi yang diminta. -Gambar hiasan

"Aku tak nampak orangnya sebab dia sorok belakang pintu, hanya hulur tangan. Aku tak fikir panjang terus bagi kat tangan dia dan gerak macam biasa," ceritanya.

Bagaimanapun, dia mendakwa berdepan satu lagi kejadian misteri ketika menggunakan lif di kawasan kediaman itu.

"Sampai je dekat lif, aku turun level bawah dan apabila pintu lif terbuka, tiba-tiba ada seorang nenek tua tengah pimpin tangan budak perempuan, aku rasa macam cucu dia.

"Mereka masuk lif manakala aku baru keluar lif. Aku tak fikir panjang, terus gerak ke motosikal dan off aplikasi. Pertama kali kena macam ni.

"Selalunya pelanggan sorok belakang pintu sebab tak pakai baju atau baju seksi. Tapi kali ini lain daripada yang lain," tulisnya lagi.

Artikel Lain

Sheqal meninggal dunia