suria

Pemandu rasa terlanggar objek merangkak atas jalan, berhenti periksa tapi tiada apa… Rupanya ada ‘sesuatu’ tumpang balik rumah!

Pemandu berdepan pelbagai risiko apabila melakukan perjalanan waktu malam. -Gambar hiasan

SEJAK dulu, ada sahaja cerita misteri yang sering dikaitkan dengan Lebuhraya Karak.

Antara kisah popular melibatkan laluan itu adalah kereta Volkswagen kuning yang didakwa bergerak tanpa pemandu.

Kali ini, seorang pengguna Thread mendakwa dia turut berdepan kejadian pelik ketika melalui kawasan Batu 12 menuju ke Karak lama.

"Aku terlanggar benda besar sedang merangkak dekat area Batu 12 nak ke Karak lama. Kawasan hutan dengan tiada lampu.

"Kalau kucing atau biawak tu aku tahu, tapi ni besar lain macam, warna hitam. Benda tu nak lintas laju gila naik ke hutan seberang.

"Berguling bawah kereta aku pukul 3 pagi tadi masa baru balik dari jamming. Kau rasa apa?" tulis individu itu.

Lekas highway during the night. Only the car headlights is a guiding source.

Pengguna jalan raya tak digalakkan memandu laju pada waktu malam. -Gambar hiasan

Dalam hantaran sama, pemandu itu berkata dia terpaksa menghentikan pemanduan untuk memeriksa kenderaannya selepas pelanggaran tersebut.

Dia kemudiannya meneruskan pemanduan sebelum mendakwa kelibat misteri itu sekali lagi muncul di tempat duduk belakang kenderaannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Balik dari kedai terus muntah darah! Wanita minta hati-hati musim 'pengamal ilmu hitam lepaskan santau'

ARTIKEL BERKAITAN: Kunjungan ke lokasi ‘hidden gem’ berakhir tragedi! Gadis nyaris lemas nampak kelibat ‘panggil’ ke tengah laut

"Aku berhenti tepi tengok bawah kereta dan tengok kat dekat jalan raya, kot orang ke apa yang aku langgar. Tapi tak ada apa-apa.

"Kesan darah pun tak ada. Masuk je kereta, sambung drive dan tak jauh dari tempat tadi tu aku nampak ada benda hitam duduk betul-betul belakang seat aku. Aku rekod, kemudiannya video tu tiada dalam fon aku," dakwanya lagi.

Susulan kejadian itu, pemandu kereta tersebut berkata dia mengalami 'gangguan' di rumahnya sehingga mengalami demam.

"Belakang badan aku rasa macam kena libas, pedih gila belakang ni. Berat betul. Tengok kat cermin bilik air, nampak muka aku makin pucat.

"Tak dapat tidur sampai 5 pagi. Pagi ni muntah. Aku menggigil dan demam.

"Kemudian dengar pula ada suara mengilai dekat ruang tamu rumah sekitar pukul 4.30 pagi," tulisnya lagi.

Artikel Lain

Sheqal meninggal dunia