suria

“Muka arwah berkerut seperti tahan sakit” - Pemuda mulut celupar terkena badi mayat, dua minggu hidup tak tenang!

Pelbagai kisah misteri dialami mereka yang menguruskan jenazah. -Gambar hiasan

TERKENA badi mayat ketika menguruskan jenazah seorang penduduk kampung meninggalkan kesan mendalam kepada seorang pemuda.

Menurut lelaki yang dikenali sebagai Izam itu, kejadian bermula ketika dia menziarahi jenazah lelaki di kediaman arwah.

Namun disebabkan ahli keluarga arwah tidak tahu proses menguruskan jenazah, Izam kemudian membantu mengendalikan jenazah yang belum dikafankan.

"Elok je aku tolong urus tiba tiba nampak 'dia' kat luar tengah duduk atas kerusi. Muka masam macam tengah sedih. Dua kali juga aku tengok. Sah memang tuan badan. 

"Kena dah aku hari ni... dah tolong dia nak kacau pula. Biasanya sesiapa yang kena badi mayat akan nampak tuan badan tu macam ada dalam rumah.

"Nak jadi cerita aku orang pertama yang pegang dia lepas mati. Apabila aku dah nampak 'dia', aku tak boleh balik lagi kena tunggu sampai semua selesai," kongsinya di media sosial.

Memburukkan keadaan, Izam mendakwa entiti menyerupai jenazah itu kemudian memandang tepat ke arah matanya.

"Tiba-tiba 'dia' pandang tepat mata aku dan bangun berjalan sambil pandang aku. Berjalan masuk dalam rumah dan berdiri di kepala mayat. Selama dia berdiri tu la dia pandang aku. 

"Aku sampai tak tahu nak pusing ke mana. Semua ayat aku baca dan hembus tapi tak hilang. Badan aku sentiasa meremang.

"Aku ke luar sambil sembang dengan orang lain, 'dia' pandang aku dari dalam rumah," katanya. 

Penggali kubur antara pekerjaan yang turut berdepan kejadian misteri. -Gambar hiasanPenggali kubur antara pekerjaan yang turut berdepan kejadian misteri. -Gambar hiasan

Izam berkata ketakutannya sedikit reda apabila tukang mandi jenazah yang dikenali sebagai Pit tiba untuk menguruskan arwah.

"Aku cakap la dekat tukang mandi mayat tu kenapa 'dia' ikut aku, terus Pit jawab aku kena badi mayat. Pit kata dia tahu sejak daripada awal dan berjanji akan bantu selepas selesai urus jenazah.

"Kami pun urus mayat tu. Tiada apa yang pelik cuma ada la momen seram macam muka jenazah tiba-tiba berkerut seperti tahan sakit. Aku ni kan mulut celupar, aku tanya Pit yang arwah bela hantu? Pit jegil mata suruh diam," katanya.

Disebabkan keceluparannya, Izam berkata dia ternampak satu lagi entiti menyerupai arwah dan kali ini Pit juga turut dapat melihatnya.

"Ada 'seorang' lagi datang teman kami masa tengah mandi jenazah. Pit marah aku sebab celupar dan dia kemudian membacakan sesuatu.

"Pit hembus dan dia kata tuan hang tak dak dah, hang bebas... benda tu hilang. Tapi 'dia' yang mula-mula aku nampak tadi tak hilang-hilang," katanya.

Gangguan itu berterusan sehingga ke saat pengebumian, Izam mendakwa dia melihat sosok tersebut berada di dalam liang lahad, masih memandang tepat ke arahnya.

“Balik rumah, aku lupa mandi dan tertidur. Dalam mimpi 'dia' datang peluk. Aku jerit lepas aku, jangan kacau aku. Sampai la aku dengar suara mak aku.

"Mak aku berleter sebab tak mandi lepas urus jenazah. Lepas mandi mak ambil pakaian aku dia bakar," katanya memaklumkan dua minggu gangguan itu berlaku.

Artikel Lain