suria

‘Cik Melur’ penghuni tetap pejabat lama di Pulau Pinang marah tutup suis lampu - “Saya nampak asap hitam naik sampai pinggang”

Ketukan misteri antara perkara yang selalu berlaku. -Gambar hiasan

SUASANA di sebuah pejabat di Pulau Pinang dikatakan menyimpan pelbagai kisah seram yang cukup untuk membuatkan bulu roma berdiri tegak.

Perkara itu dikongsi seorang bekas kakitangan yang mendakwa dia dan rakan sekerja sering berdepan gangguan aneh sepanjang berkhidmat di bangunan yang tidak dinamakan itu.

Menurut wanita tersebut, kisah misteri itu sebenarnya sudah lama diketahui kakitangan lama, namun kebanyakannya memilih untuk berdiam diri.

"Most of the offices pun ada cerita masing-masing, cuma tak viral je. My old office di Penang pun sama seram.

"Sampai tahap guard non-Muslim kena minum (minuman beralkohol) dulu sebelum start duty sebab katanya kalau dah mabuk, dia dah tak heran dengan hantu kat bangunan tu,” kongsinya di Threads

Antara entiti paling terkenal ialah makhluk digelar Cik Melur, dinamakan sempena bau wangian melur yang muncul berulang kali walaupun pelbagai jenis pewangi pejabat sudah digunakan.

Selain bau misteri, bunyi mesin fotostat, papan kekunci dan periuk berlaga di pantri selepas Maghrib dianggap perkara biasa.

Malah, wanita itu mendakwa sering mendengar ketukan tiga kali pada tingkap biliknya di tingkat 11 walaupun aras tersebut tidak mempunyai balkoni.

Gangguan makhluk halus di pejabat adalah perkara biasa yang selalu didengari. -Gambar hiasanKisah gangguan makhluk halus di pejabat adalah perkara biasa yang selalu kita dengar. -Gambar hiasan

Lebih menyeramkan, dia turut berkongsi pengalaman rakan sekerjanya yang melihat satu lembaga putih berdiri di antara seorang pegawai wanita dan suaminya di dalam bilik pejabat pada waktu siang.

“Tiba-tiba ada lembaga putih yang berdiri di antara pegawai dan suami dia. Dia cuma berdiri melihat pegawai tu menaip. Demam terus laki bini lepas balik ke rumah hari tu,” katanya.

Bukan itu sahaja, sebuah komputer di bahagian teknikal juga didakwa menyala sendiri pada tengah malam dan menayangkan video lucah walaupun palam tidak bersambung.

Bangunan itu turut mempunyai pantang larang iaitu lampu sebuah bilik tertentu tidak boleh ditutup kecuali oleh orang terakhir yang mengunci pejabat.

Dia sendiri pernah merasai akibat daripada lampu itu dipadam tanpa sengaja.

“Saya nampak asap hitam mula naik dari arah kaki sampai ke pinggang. Nak menjerit pun tak boleh. Apa yang saya boleh buat cuma sebut Allahuakbar dalam hati berulang kali. 

"Semangat kuat untuk lari sebab saya rasa kalau asap tu dapat selubungi saya sepenuhnya, kemungkinan besar saya akan dirasuk,” katanya yang terselamat namun esoknya tubuhnya penuh dengan lebam pelik.

Selepas bertukar keluar dari pejabat itu, dia tidak lagi mengikuti rapat perkembangan di sana.

Namun, katanya, rakan-rakan yang masih bertugas memaklumkan gangguan semakin ketara sehingga ada pegawai meminta dipindahkan ke lokasi lain.

Artikel Lain