MANGSA gangguan jin dan sihir pemisah pastinya akan mencuba pelbagai alternatif untuk merawat masalah yang dialami mereka.
Namun menurut seorang perawat di aplikasi TikTok [Tonton Video], terdapat lapan perkara yang boleh menyukarkan proses pemulihan mangsa.
"Lapan perkara ini, jika kamu buat, kamu tak akan sembuh daripada gangguan jin. Yang pertama menyimpan dendam. Tolong buang dendam.
"Tak boleh simpan dendam. Kalau kamu simpan dendam, sampai bila-bila penyakit kamu tak akan sembuh. Kena maafkan orang yang buat kita.
"Kedua, menyimpan perasaan tak puas hati. Kita tak puas hati pada makhluk Allah atau pada takdir yang Allah tetapkan. Ini ramai saya jumpa (pesakit).
"Dia tetap tak puas hati dan siap tanya untuk hantar sihir (kepada pelaku) balik," ujar perawat dari Pusat Rawatan Al Idrus itu.
Antara lain katanya, mangsa juga sukar sembuh kerana menduakan Allah dan masih mengharapkan 'bantuan' yang tidak sepatutnya.

Perawat ini berkata mangsa sukar pulih gangguan jin sekiranya hati mereka masih menyimpan dendam.
"Seterusnya, pakai tangkal azimat. Tak kira tangkal gantung pada leher atau tampal pada dinding sebagai perlindungan. Cukuplah Allah sebagai tempat untuk kita bergantung dan berlindung.
"Keempat, amalan khurafat dan langgar syariat. (Mangsa) masih buat amalan khurafat dan langgar syariat.
"Kelima, masih bergantung selain pada Allah. Ada yang berharap pada perawat. Memanglah perlu jumpa perawat, tapi hati itu berharap pada Allah. Perawat hanya asbab," jelasnya lagi.
Menurut perawat itu lagi, mangsa gangguan jin dan sihir pemisah juga sukar pulih kerana derhaka kepada orang tua dan suami.
"Keenam, derhaka kepada ibu bapa. Yang ini ramai orang buat. Tolong jangan derhaka pada orang tua. Kalau masih derhaka atau simpan perasaan sedih dengan orang tua, tolong maafkan dan minta ampun.
"Ketujuh, derhaka kepada suami. Ini banyak kena sihir pemisah, isteri-isteri yang tak boleh go on. Derhaka pada suami, bercakap kasar, ambil enteng tentang suami sehingga sihir itu berleluasa pada dirinya.
"Kelapan pula, (mangsa) belum putus ikrar atau perjanjian pusaka. Ada yang nak simpan (saka), jadi tolong buat ikrar pemutus," ujar perawat itu lagi.


