suria

Ini 4 sebab mengapa individu berjaya asyik ‘ulang siar’ baju sama setiap hari

Barack Obama (kanan) dan Mark Zuckerberg sering dilihat memakai pakaian yang sama.

TOKOH ternama dan berjaya seperti Mark Zuckerberg, Barack Obama atau mendiang Steve Jobs kerap dilihat mengenakan pakaian yang hampir sama setiap hari.

Sama ada t-shirt kelabu, sut biru gelap atau baju hitam polos, mereka seolah-olah tidak pernah menukar gaya dan ia bukanlah satu kebetulan.

Sebaliknya, pilihan berpakaian seragam ini sebenarnya adalah strategi yang disengajakan.

Jika anda pernah tertanya-tanya tentang hal itu, berikut lapan sebab yang mungkin akan meyakinkan anda:

1. Kurang buat keputusan

Bagi individu yang sering membuat keputusan penting setiap hari, membuang satu keputusan kecil seperti memilih baju setiap pagi memberi lebih ruang mental dan meningkatkan produktiviti.

Presiden Barack Obama pernah berkata, “Anda akan lihat saya hanya pakai sut kelabu atau biru. Saya cuba kurangkan jumlah keputusan yang perlu saya buat. Saya tak mahu fikir tentang apa saya makan atau pakai. Sebab saya ada terlalu banyak keputusan lain yang lebih penting.” 

Mark Zuckerberg juga mempunyai alasan yang sama. 

Menurutnya, satu keputusan remeh yang dikurangkan setiap pagi boleh membawa kepada keputusan lebih baik sepanjang hari.

Pakaian yang dipakai melambangkan peribadi seseorang. -Gambar hiasan AI

2. Kurang stres

Matilda Kahl, seorang pengarah seni di New York, memakai pakaian sama setiap hari bagi mengurangkan stres.

Dia terkenal dengan gaya signatur baju putih sutera dan seluar hitam.

Ujarnya, tekanan memilih pakaian lenyap selepas dia memilih fesyen sama setiap hari.

3. Kurang tenaga terbuang

Christopher Nolan, pengarah filem terkenal, memilih untuk tidak membazir tenaga memikirkan pakaian. 

Dalam satu temubual bersama New York Times Magazine, dia berkata memilih pakaian setiap hari adalah satu pembaziran tenaga.

Kini, dia hanya memakai jaket gelap, baju biru, seluar hitam dan kasut praktikal setiap hari.

4. Lebih ikonik

Alice Gregory, penulis dari New York, menulis dalam majalah J. Crew yang memakai pakaian sama setiap hari boleh buat kita rasa ikonik.

Katanya, ia juga lambang kematangan dan menunjukkan seseorang itu tahu apa yang dia mahu dan sudah ‘menapis’ hidupnya dengan baik.

Sebagai contoh, watak dalam buku cerita kanak-kanak pun tak tukar baju kerana ia menunjukkan ciri konsistensi.

Orang dewasa pun sebenarnya inginkan perkara yang sama. 

Jadi, pakai baju sama setiap hari bukanlah tak bergaya, sebaliknya ia satu bentuk identiti yang kuat.

Artikel Lain