suria

Nak wajah lebih ‘sharp’, kulit bersih berseri? Pemuda ini kongsi rutin ringkas dan mesra poket

Aiman berkongsi rutin penjagaan wajah tanpa membebankan 'poket' di TikTok.

RAMAI yang menyangka penggunaan produk mahal berupaya untuk menjadikan kulit wajah kelihatan bersih dan berseri.

Tapi menurut seorang jurulatih kesihatan, Coach Aiman Tan, ada kalanya kaedah yang paling berkesan datang daripada rutin harian ringkas dan konsisten.

Aiman sendiri berjaya membuktikan ia berkesan apabila wajahnya kelihatan makin bersih dan segak, seperti yang dikongsikan menerusi video transformasi di TikTok.

Berikut tip 'looks maxing' dan cara untuk dapatkan kulit yang bersih tanpa perlu berbelanja besar sesuai untuk lelaki dan wanita.

1. Jaga makan, kurang gula dan minyak

Apa yang kita makan sangat mempengaruhi kondisi kulit dan penampilan.

Elak makanan bergoreng dan makanan segera.

Kurangkan air manis seperti soda, sirap dan kopi susu manis.

Lebihkan makanan berasaskan whole food contohnya nasi, daging rebus atau bakar, dan sayur-sayuran.

Aiman banyak berkongsi mengenai 'fitness' di media sosial.

2. Tak perlu produk skincare (penjagaan kulit) mahal

Kulit bersih tak semestinya perlukan 10 langkah skincare.

Cukup dengan membasuh muka dua kali sehari pada waktu pagi dan malam.

Guna pencuci muka asas yang sesuai dengan jenis kulit.

 Jangan memakai produk berlebihan, cukup sekadar pembersih dan pelembap muka.

Ringkas tapi berkesan, lebih-lebih lagi untuk lelaki yang sukakan rutin cepat.

3. Rutin harian sihat buat badan dan muka lebih 'sharp'

Badan sihat, kulit pun lebih berseri jadi jangan tinggalkan aktiviti fizikal harian.

Luangkan masa untuk bersenam atau sekurang-kurangnya bergerak aktif setiap hari.

Pastikan tidur cukup sebanyak lima hingga tujuh jam minimum.

Minum air secukupnya sekitar dua hingga tiga liter sehari, bergantung pada saiz badan.

Untuk makluman, looks maxing merujuk kepada penampilan fizikal seseorang secara maksimum dari segi penjagaan kulit, gaya rambut, pemakaian, bentuk badan, kebersihan diri, dan juga gaya hidup. 

Ia bukan semata-mata untuk kelihatan tampan atau cantik, tetapi lebih kepada versi terbaik diri sendiri secara luaran.

Artikel Lain