suria

Tak perlu banyak produk, wanita cuba ikut cara Zahirah MacWilson jaga kulit wajah... Tak sangka menjadi!

Tip penjagaan wajah yang dikongsi oleh Zahirah menjadi ikutan ramai. -Foto TikTok

RUTINdan tip penjagaan kulit wajah yang dikongsi pelakon Zahirah MacWilson di media sosial menjadi ikutan ramai dan dikatakan terbukti berkesan.

Menurut seorang wanita, berdasarkan perkongsian pelakon itu, penjagaan kulit wajah (skincare) tidak memerlukan terlalu banyak produk, sebaliknya langkah paling penting adalah cara mencuci muka dengan betul.

Wanita itu mengakui, selepas mencuba sendiri kaedah yang dikongsikan aktres berkenaan, kulitnya menjadi semakin bersih, lembut dan sihat.

Wanita amat mementingkan kebersihan kulit wajah. -Gambar hiasanWanita amat mementingkan kebersihan kulit wajah. -Gambar hiasan

"Memang betul tips daripada Zahirah MacWilson.

"Dia kata skincare ni tak payah banyak-banyak pun, tapi yang penting waktu nak cuci muka tu.

"Saya cuba ikut, memang kulit rasa lembut bersih je," kata wanita itu di laman Threads.

Berikut tips yang dikongsi:

1. Gunakan 'makeup remover' terlebih dahulu

- Cuci muka untuk menanggalkan kesan solekan dengan lebih bersih.

2. Cleansing oil

- Walaupun kulit sensitif, pemilihan 'cleansing oil' yang sesuai mampu memberi hasil positif.

3. Cleansing balm

- Digunakan sebagai tambahan bagi memastikan kotoran dan lebihan minyak benar-benar hilang. Zahirah dikatakan mengulang cuci menggunakan 'cleansing balm' sebanyak empat kali.

4. Cleanser

- Langkah terakhir pencucian, penting untuk memastikan kulit bersih sepenuhnya dan kekal terhidrasi, terutamanya jika mengandungi asid hyaluronic.

 5. Mask wajah

- Penggunaan masker secara konsisten membantu memberi kelembapan tambahan tanpa menyebabkan iritasi, malah turut menjadi pilihan ahli keluarga.

Menurut wanita itu, rutin empat kali cucian ini mungkin kedengaran agak banyak, namun hasilnya ternyata memuaskan apabila kulit kelihatan lebih berseri dan sihat.

 

Artikel Lain