suria

Menang di gelanggang, tak kalah dalam bergaya... Ini antara koleksi jam tangan mewah El Rumi 

El Rumi dilihat sebagai individu yang mementingkan gaya serta penampilan. -Gambar Instagram El Rumi

NAMA anak kepada Ahmad Dhani, El Rumi kembali 'meletup' selepas menang pertarungan tinju Superstars Knockout Vol. 3 pada minggu lalu dalam tempoh 38 saat, mengalahkan Jefri Nichol.

Selain handal di gelanggang, El Rumi atau nama sebenarnya Ahmad El Jalaluddin Rumi juga dianggap individu yang amat mementingkan soal penampilan.

Perkara ini dapat dilihat menerusi pemilihan jam tangan yang pernah dipakai oleh jejaka berusia 26 tahun itu.

INTime Store berkongsi tiga jam tangan mewah yang menjadi pilihan pemuzik Indonesia itu yang jumlahnya mencecah RM50,000.

Tiga koleksi jam tangan mewah El Rumi. -Gambar Instagram INTime StoreTiga koleksi jam tangan mewah El Rumi. -Gambar Instagram INTime Store

1. Bell & Ross BR-05 36 mm Black Steel

- Jam tangan elegan sukan bandar dengan reka bentuk 'circle-in-a-square' ikonik jenama Bell & Ross.

- Konsep 'circle in a square' memberikan imej maskulin namun bergaya, mengekalkan DNA aeronautik Bell & Ross.

- Harga antara RM20,000 hingga RM25,000

2. Tag Heuer Carrera Chronograph Calibre

- Model ini sering menjadi pilihan peminat jam mewah yang mahukan gabungan prestasi dan penampilan premium.

- Jam ini menawarkan keseimbangan hebat antara gaya, fungsi dan nilai ideal untuk pencinta jam tangan 'sporty elegan'.

- Harga antara RM16,450 hingga RM18,800.

3. Tissot PRX Powermatic 80 

- Pilihan yang sememangnya menarik perhatian dengan rona segar dan rekaan jam sukan kontemporari.

- Model ini sering dianggap sebagai 'best automatic watch' di bawah AS$1,000 kerana nilai tinggi dan rekaan yang menarik perhatian.

- Harga antara RM3,290 hingga RM3,880

Artikel Lain