SETIAP individu pasti mengimpikan kulit wajah yang cantik dan bersih.
Maka tidak hairanlah terdapat lambakan produk dan jenama skincare dalam pasaran yang dikhususkan untuk pelbagai masalah kulit.
Ini kerana, penggunaan skincare dapat membantu membersihkan, melembapkan, melindungi daripada sinaran UV, dan merawat masalah kulit seperti jerawat, jeragat, dan penuaan.
Namun, kesilapan dalam pemilihan skincare juga pasti akan memberi kesan buruk pada kulit wajah anda.
Oleh itu, anda perlu mengetahui jenis kulit wajah terlebih dahulu dengan mengikuti kaedah yang dikongsikan pelayar TikTok @ctmycool ini, sebelum membeli produk penjagaan wajah yang bersesuaian.
Langkah-langkah:
1. Cuci muka dengan pencuci biasa (jangan guna toner/serum/pelembab).
2. Biarkan muka tanpa sebarang produk selama satu jam.
3. Perhati dan rasa kulit wajah anda atau tekan tisu pada zon T (dahi, hidung, dagu) dan pipi.
Tanda kulit berminyak (Oily)
- Tisu nampak banyak kesan minyak (terutamanya zon T).
- Kulit rasa licin atau nampak berkilat.
- Cenderung ada jerawat, whitehead atau blackhead.
Produk penjagaan wajah perlu sesuai dengan jenis kulit. -Gambar hiasan
Tanda kulit kering
- Kulit rasa tegang, kering, atau gatal.
- Terdapat kesan mengelupas di tepi hidung atau pipi.
- Tisu tak serap minyak langsung.
Tanda kulit kombinasi
- Minyak pada zon T, tapi kering pada pipi.
- Tisu berminyak separuh je.
Tanda Kulit Normal
- Kulit tidak terlalu kering atau berminyak.
- Kulit rasa selesa, lembut dan seimbang.