suria

Buat 'syampu' sendiri guna 2 bahan mudah... Masalah uban selesai, rambut lebat dan hitam berkilat

Uban adalah proses penuaan semula jadi, di mana pigmen melanin dalam rambut semakin berkurangan. -Gambar hiasan

RAMBUT yang sihat, lebat dan hitam berkilat bukan sahaja menambah keyakinan diri, malah menjadi lambang awet muda bagi sesetengah individu.

Namun begitu, tidak semua orang bernasib baik dalam hal ini kerana ada yang sudah mula beruban seawal usia 20-an atau 30-an.

Fenomena ini menimbulkan kebimbangan, terutamanya apabila uban tumbuh lebih awal daripada yang dijangka.

ARTIKEL BERKAITAN:Patut la makin banyak jerawat, rupanya salah beli produk! Ini cara nak kenal jenis kulit wajah sendiri, senang je

Uban biasanya dikaitkan dengan proses penuaan semula jadi, yang mana pigmen melanin dalam rambut semakin berkurangan.

Walau bagaimanapun, beberapa faktor lain seperti tekanan, kekurangan nutrisi dan penggunaan bahan kimia berlebihan turut menjadi punca uban pramatang.

Yogurt dan daun kari menjadi ramuan penting untuk mengelakkan masalah uban.

Bagi anda yang sedang mengalami masalah ini terutama mereka dalam golongan usia masih lagi muda, usah bimbang.

Apa kata cuba petua yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Suzy Honey agar rambut kelihatan hitam, lebat dan berkilat tanpa perlu menggunakan pewarna.

Bahan-bahan:

3 tangkai daun kari. Ambil daun sahaja

3 sudu besar plain yogurt.

Cara-caranya:

Kisar kedua-dua bahan hingga sebati.

Kemudian sapukan pada kulit kepala dan rambut dengan urutan yang lembut.

Biarkan selama 30 minit.

Barulah dibilas dan kemudian syampu rambut seperti biasa.

Menurut Suzy Honey, petua ini sebaik-baiknya diamalkan seminggu satu kali.

Selamat mencuba!

Artikel Lain