suria

[V] Pakar buat pengiraan, kos minimum sebulan besarkan seorang anak cecah RM3,000

Kos sara hidup yang meningkat antara faktor kadar kesuburan menurun. -Gambar hiasan

KADAR kesuburan rakyat di Malaysia menunjukkan trend penurunan apabila statistik 2023 merekodkan 1.7 anak bagi setiap wanita, jauh berkurangan berbanding empat anak pada1980.

Pempengaruh kewangan, Dr Adam Zubir memaklumkan antara faktor utama yang sering disebut adalah beban kos sara hidup, khususnya dalam membesarkan anak pada zaman sekarang.

Menurutnya, berdasarkan perkiraan kasar, kos minimum bagi seorang anak boleh mencecah hampir RM3,000 sebulan pada 2025.

Kos membesarkan seorang anak mencecah RM3,000 sebulan.Kos membesarkan seorang anak dikatakan mencecah RM3,000 sebulan.

"Besar sangat ke kos nak sara anak ni? Jom saya kirakan. Lampin pakai buang, susu, makanan sekitar RM1,000. Barang keperluan anak, RM300.

"Taska ataupun pengasuh, lebih kurang RM500 sebulan. Tambahan pula medical card, RM150 sebulan. Lain-lain seperti baby carrier, stroller, car seat, katil anak dan vaksin boleh mencecah RM1,000 lagi.

"On average, lebih kurang RM2,950 sebulan dan ini kira bare minimum," katanya menerusi perkongsian di Facebook [Tonton Video].

Jelas Adam jumlah tersebut adalah bagi seorang anak sahaja dan belum lagi membabitkan perkiraan lain.

"Itu pun belum termasuk komitmen bulanan seperti rumah, kereta, barang dapur, bil utiliti, petrol dan macam-macam lagi," katanya.

Artikel Lain