suria

Pemuda dedah realiti pahit beli rumah 'landed' untuk pelaburan, disewa! Silap langkah duit poket melayang

Bukan semua rumah bertanah yang dibuat sewa boleh membawa keuntungan. -Gambar hiasan

RAMAI pembeli rumah landed (bertanah) pada awalnya menyangka ia boleh menjadi pelaburan hartanah yang menguntungkan.

Namu, realitinya tidak seindah disangka apabila terdapat situasi pulangan sewa gagal menampung bayaran bulanan pinjaman bank.

Di kawasan pinggir bandar seperti Semenyih, Kajang, Nilai dan Puncak Alam, untuk rumah pada kadar RM3,700 sebulan yang ditetapkan bank sebagai contoh, ada pemilik terpaksa membayar sendiri baki ansuran bulanan kerana hasil sewaan hanya lingkungan RM2,000 hingga RM2,500 sahaja.

Situasi ini menyebabkan ramai pemilik kerugian setiap bulan kerana perlu menambah ratusan hingga ribuan ringgit dari poket sendiri kerana rumah yang dibeli terpaksa disewa pada kadar rendah.

Pembeli perlu membuat semakan dan berfikir masak-masak sebelum membuat pelaburan hartanah. -Gambar hiasanPembeli perlu membuat semakan dan berfikir masak-masak sebelum membuat pelaburan hartanah. -Gambar hiasan

“Ramai ingat beli 'landed' pasti untung. Tapi bila tengok sewa pasaran tak naik, rumah pun banyak kosong, akhirnya pemilik yang terpaksa tanggung beban,” kata pelabur hartanah di media sosial.

Antara faktor yang dikenal pasti menjadi punca situasi ini:

- Kadar sewa rendah di kawasan pinggir bandar walaupun harga jualan rumah semakin naik.

- Persaingan tinggi kerana banyak projek 'landed' baharu dibangunkan.

- Kos penyelenggaraan lebih tinggi, termasuk kerosakan pagar, bumbung dan kebocoran.

- Permintaan sewaan terhad, kerana kebanyakan pembeli membeli untuk didiami, bukan untuk disewa.

Individu tersebut menasihatkan bakal pembeli supaya berhati-hati sebelum merancang menjadikan rumah 'landed' sebagai aset pelaburan kerana ia sesuai untuk kediaman sendiri dan bukannya untuk pulangan sewaan. 

Sekiranya pembelian bagi tujuan pelaburan, kawasan berhampiran universiti, pusat bandar atau laluan pengangkutan awam lebih mendapat permintaan yang tinggi.

Artikel Lain