suria

Jangan asyik nak berebut harta... Ini 6 jenis hutang yang waris perlu tanggung lepas peminjam meninggal dunia

Waris perlu menanggung hutang pembiayaan perbankan si mati. -Gambar hiasan

MEDIA sosial sentiasa dipenuhi dengan perkongsian berhubung perebutan harta pusaka berbanding pembayaran hutang si mati.

Lebih menyedihkan apabila mereka yang berebut harta pusaka tidak mempedulikan hutang arwah dan beranggapan ia sepatutnya dilangsaikan pasangan mahupun anak-anak.

Menerusi hantaran di Thread, seorang perunding kewangan dikenali sebagai Amsyar Ramlan berkongsi enam jenis hutang yang perlu ditanggung oleh waris meskipun mereka bukanlah peminjam.

1. Hutang peribadi tanpa perlindungan

Untuk pengetahuan semua, pihak perbankan boleh menuntut harta pusaka si mati sekiranya terdapat pinjaman peribadi yang belum dilunaskan.

Jika nilainya tidak mencukupi, waris pula perlu melangsaikan hutang berkenaan mengikut giliran.

2. Hutang kad kredit

Mungkin ada yang beranggapan bahawa hutang kad kredit akan langsai apabila pemilik atau penghutang meninggal dunia.

Hakikatnya, waris perlu menguruskan baki tertunggak si mati menggunakan duit hartanya terlebih dahulu.

Jika gagal berbuat demikan, kadar bunga atau interest akan berjalan sehinggalah hutang dilangsaikan.

Bayangkan beban itu jatuh pada pasangan dan anak-anak.

Kad kredit antara punca utama kebanyakan masyarakat masa kini muflis..jpg

Kad kredit antara punca utama kebanyakan masyarakat masa kini muflis..jpg

3. Bil rawatan hospital swasta atau ICU

Ramai tidak tahu, sekiranya seseorang itu masuk hospital swasta dan meninggal dunia, bil rawatan masih perlu dibayar.

Kos kadangkala mencecah sekitar RM80,000 hingga RM200,000.

Sekiranya tiada simpanan untuk kesihatan, waris terpaksalah bergadai rumah atau meminjam bagi melangsaikannya.

4. Hutang rumah (jika tiada MRTT/MLTT)

Mortgage Reducing Term Takaful (MRTT) dan Mortgage Level Term Takaful (MLTT) merupakan takaful syariah yang dirancang untuk menanggung hutang pinjaman perumahan peminjam jika terjadi kematian atau hilang upaya kekal.

Sekiranya ketiadaan perlindungan takaful ini, rumah yang masih dalam pembiayaan pinjaman tidak akan menjadi milik waris secara automatik.

Kegagalan membuat bayaran mengikut kadar dan tempoh yang ditetapkan boleh menyebabkan rumah dilelong.

5. Pinjaman kenderaan

Pembiayaan kenderaan juga tidak 'terhenti' sekiranya pemilik meninggal dunia melainkan perlindungan takaful dicarum.

Malah, kenderaan juga boleh ditarik balik oleh wakil pembiaya sekiranya waris gagal membuat bayaran sebagaimana ditetapkan.

6. Hutang bawah nama bersama (joint loan)

Kalau pinjaman dilakukan bersama-sama dengan pasangan, dan dia meninggal dunia, maka andalah yang perlu menanggung baki bayarannya.

Nama berkemungkinan disenarai hitam disebabkan gagal membayarnya.

Artikel Lain