suria

Guna pangkat dan kedudukan untuk seks, pegawai polis jawatan tinggi dipecat

Individu berjawatan tinggi juga tidak terlepas daripada undang-undang. -Gambar hiasan

KERANA nafsu, akhirnya kerjaya sendiri yang tergadai.

Begitulah kisah seorang pegawai polis berpangkat tinggi yang dikenakan tindakan gara-gara melakukan aktiviti seksual dengan rakan sekerjanya.

Tom Simons memegang jawatan sebagai ketua penguasa Polis Essex, England sebelum dia diberhentikan selepas perbuatannya terbongkar.

Pejabat Bebas untuk Kelakuan Polis (IOPC) berkata Simons mengambil kesempatan atas kedudukannya untuk tujuan seksual dengan wanita itu.

Polis Essex mula melaporkan perbuatannya kepada badan pemerhati pada tahun 2022 berikutan pelbagai dakwaan.

Panel tatatertib yang diketuai oleh, Penolong Ketua Konstabel Polis Bedfordshire, John Murphy mendapati Simons melanggar piawaian tingkah laku profesional.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis tiup wisel, suluh lampu... 6 lelaki buat seks di taman lari bertempiaran

Simons, yang menafikan semua dakwaan itu akhirnya dipecat tanpa notis selepas pendengaran salah laku berakhir minggu ini. 

Dalam mesej yang tegas, ketua konstabel Polis Essex Ben-Julian Harrington berkata pihaknya akan bertindak tegas tanpa mengira jawatan si pelaku.

"Tiada tempat dalam kepolisan bagi orang yang rasa dia boleh terlepas daripada salah laku seksual.

"Jika anda cuba melarikan diri dengan salah laku seksual atau jenis tingkah laku menjijikkan, kami akan menahan anda.

"Kami akan menyiasat anda dan jika dakwaan terbukti, kami akan melakukan segala-galanya dalam kuasa kami untuk memastikan anda dipecat," ujarnya. - Agensi.

Artikel Lain