suria

Pemuda rogol nenek umur 61 tahun atas sofa... Mangsa lari rumah jiran dalam keadaan berdarah

Individu yang melakukan jenayah rogol wajar diberikan hukuman yang berat. -Gambar hiasan

SEORANG lelaki yang merogol wanita berusia 61 tahun dijatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun.

Bradley Shand, 23, didapati bersalah menyerang wanita itu di kediamannya di Murrayfield, Edinburgh pada 9 Januari 2023.

Mahkamah Tinggi di Edinburgh dimaklumkan pelaku memecahkan pintu kediaman mangsa ketika wanita itu sedang berehat dan menonton televisyen.

Selepas mendengar bunyi dentuman, wanita itu pergi untuk menyiasat sebelum dia diserang oleh pelaku.

ARTIKEL BERKAITAN: Nenek disamun, dirogol ketika sedang tunggu lif! Polis tahan suspek warga asing

Beberapa saat kemudian, Shand menarik mangsa ke ruang istirahat dan merogolnya di atas sofa.

Mangsa yang cedera akibat serangan itu kemudiannya berlari ke kediaman jirannya untuk meminta bantuan.

Menurut jirannya, mangsa bukan sahaja berlumuran darah, malah turut menggeletar ketakutan akibat serangan berkenaan.

Shand, yang berusia 20 tahun pada masa kejadian diarahkan berada di bawah pengawasan untuk tempoh dua tahun lagi apabila dia dibebaskan.

Namanya juga dimasukkan ke dalam daftar pesalah seks selama-lamanya. -Agensi

Artikel Lain