suria

Sakit sejak Disember... Influencer meninggal dunia akibat radang paru-paru, komplikasi hati

Vanessa dan kekasihnya menetap di Boracay, Filipina -Foto Facebook Happiness Crossing

KOMPLIKASI hati dan radang paru-paru menjadi punca kematian pempengaruh, Vanessa Konopka.

Khabar duka itu diumumkan oleh teman lelakinya yang dikenali sebagai Fernando menerusi media sosial.

Vanesa meninggal dunia pada 7 Mac lalu, namun kisah kematiannya baru sahaja menerima liputan media sejak Isnin.

Pempengaruh dari Jerman berusia 28 tahun itu mula dimasukkan ke hospital pada 31 Disember lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Influencer’ order macam-macam, tawar diri buat reviu demi makan free... Diminta bayar, berani ‘petik’ nama bos kedai

Vanessa baru sahaja dibenarkan discaj pada pada 20 Februari selepas dirawat di zon merah.

Fernando turut melancarkan tabung GoFundMe bagi mengutip dana sebanyak AS$227,000 (RM994,724) untuk membawa pulang mayat wanita itu ke negara asalnya.

Pasangan itu sudah menetap di Boracay, Filipina sejak Disember 2022. 

Sepanjang beberapa bulan terakhir hayatnya, Fernando kerap berkongsi kisah perjuangan Vanessa menerusi media sosial.

Akaun 'Happiness Crossing' dikendalikan pasangan itu memiliki 251,000 pengikut di Facebook. - Agensi.

 

Artikel Lain