SEORANG pempengaruh media sosial mendakwa dirogol oleh tiga lelaki yang menceroboh kediamannya pada 4 Julai lalu.
Mangsa, Soraya Riffy, 30, berkata tiga lelaki itu menyamar sebagai jiran yang kehilangan kunci rumah sebelum menceroboh kediamannya.
Menurut laporan Le Parisien, tiga lelaki itu turut membawa senjata ketika mereka menceroboh rumah Soraya yang terkenal sebagai beauty influencer di Marseille, Perancis.
Menurut jurucakap Soraya, pempengaruh itu diikat dan mulutnya ditampal dengan pita pelekat sebelum dirogol.
Tiga pelaku turut mengugut untuk membunuhnya jika dia tidak menyerahkan wang.
Apabila Soraya cuba melepaskan diri, seorang penyerang mengacukan pistol ke kepalanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Inspektor polis disiasat terlibat kes rogol, minta suapan seks
Dia akhirnya ditinggalkan dalam keadaan tidak sedarkan diri selepas serangan itu.
Soraya turut mengalami sawan akibat serangan berkenaan.
Selain itu, dia patah pada beberapa tulang muka dan luka di seluruh tubuh.
Susulan kejadian itu, Soraya memuat naik video di media sosial yang menunjukkan wajahnya lebam dan cedera teruk.
Soraya juga memberi bayangan dia akan berpindah dari Marseille dan menjauhkan diri daripada media sosial.
Polis sudah membuka kertas siasatan berkaitan rompakan bersenjata, penculikan, ugutan bunuh dan keganasan berkumpulan.
Untuk rekod, Soraya mula dikenali pada tahun 2016 selepas muncul dalam rancangan bual bicara TV Perancis, Touche pas à mon poste. -Agensi