SEORANG lelaki warga Amerika Syarikat (AS) berusia 28 tahun mencetuskan kekecohan apabila ditemui berbogel dalam sistem perparitan sebuah kondominium.
Lebih menghairankan apabila dia yang dikenali sebagai Jack enggan diselamatkan dengan bertindak merangkak lebih jauh ke dalam paip berkenaan.
Malah ketika usaha menyelamat dilakukan, dia bertindak menggigit dan mengunyah tali jam seorang penyelamat wanita, sebelum meludahkannya.
Kejadian berlaku dekat Chomthong, Bangkok di Thailand.
Dia juga berterusan menjerit sepanjang proses menyelamat dilakukan seolah-olah keliru dengan situasi yang berlaku.
Lelaki tersebut akhirnya berjaya diselamatkan dengan hanya mengalami calar ringan.
Hasil pemeriksaan lanjut, dia dipercayai berada di bawah pengaruh dadah.
Difahamkan, Jack pernah tinggal di kondominium itu bersama teman wanitanya yang merupakan warga tempatan, namun tiada siapa yang dapat mengesahkan bagaimana dia 'terkanda' di lubang saliran tersebut. -Agensi